"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

05 March 2013

Biskut Lemau

Bismillahirrahmanirrahim

I got an idea to write this post but I have much more important thing to do which is to study TOPAN (Topographic Anatomy. nak tahu apa, boleh Gugle sendiri ^^) So I put aside my mind and wills to write and started studying. And now, I'm taking a break so I might as well write. Right?

Saya agak tersentap dan malu bila ada seorang yang saya hormati mem'belek' blog saya dan membaca beberapa pos yang saya rasakan "Aaaaa malunyaaa!" dan itu membuatkan saya juga mem'belek' kembali blog saya. Melihatkan diri saya sekarang dan siri saya yang dahulu, sebenarnya wajarlah kenapa saya menjadi siapa saya sekarang. Wajarlah kot inshaAllah :3

Semalam saya terdengar kata-kata seseorang; Silapnya golongan belia hari ini yang kagum dengan seorang tokoh yang hebat dan meletakkan impian untuk menjadi seperti tokoh itu semata-mata akan menyebabkan sehingga satu saat, dia tidak mampu untuk menjadi sepertimana tokoh yang dikaguminya itu dan lalu akan berputus asa untuk menjadi seperti tokoh itu. Yang sebenarnya adalah dengan mengetahui dahulu apakah yang dilalui oleh tokoh itu sehingga beliau boleh jadi sehebat itu. Pastinya cabaran dan dugaan yang banyak. Dan juga harus dilalui oleh para belia ini ke arah menjadi seperti tokoh yang hebat tersebut.

Dan kini, ingin saya lontarkan satu analogi, iaitu lemau. Ala, macam biskut yang lemau gitu.




Dalam perjuangan ini, ada sahaja insan-insan yang terkadang merasa lemau dalam berjuang (mungkin saya, mungkin anda if you know what i mean with this perjuangan. ekceli, apa jua perjuangan lah, whether its dakwah, study, tarbiyah, developing personality etc) Sebelum ni, saya pernah membentangkan suatu formula di blog ini. Formula Untuk Terus Segar. Mujahadah + Doa = Istiqamah. Untuk melahirkan istiqamah, kita sangatlah perlu bermujahadah dan disertai dengan doa agar Allah merahmati usaha kita. Tetapi, lemau adalah satu konteks yang menampilkan keadaan yang seolah-olahnya seperti 'nyawa-nyawa ikan'. Ke over sangat? Sepertinya macam nak berputus asa. Tak nak buat apa-apa dah. Nak relax je. No responsibilities, no worries.

Kenapa? Sebab itulah analogi biskut lemau.

Biskut. Prosesnya rumit. Kalau buat sendiri, ditambah pula dengan ketiadaan bakat dalam baking. Ianya proses yang senang jika kita hanya menyarungkan tudung dan selipar lalu ke kedai runcit terdekat dan membeli sebungkus biskut rangup lagi sedap yang bernama Oreo! Tapi tak jugaak. Proses penghasilannya ketika di kilang juga rumit. Adalah proses-prosesnya yang tertentu (tidak mahu saya describe di sini) sehingga terhasillah sekeping biskut yang rangup untuk dimakan dengan bunyi krup-krapp-krup-krapp.

Sodapnya makan biskut! Eh, terlupa pulak nak sidai baju. Pegi sidai baju kejap lah. Lalu paket biskut kita tadi terbiar begitu sahaja di atas meja. Sehingga berapa lamanya bila mana angin mula menyapa biskut krup-krapp kita. Dengan angin bayu yang mendamaikan, biskut kita semakin menyukai angin yang datang menyapa. Angin pun mula melembutkan molekul-molekul biskut kita (scientificallynya saya tak pasti macam mana. ini hanya analogi) lalu jadilah ia lemau.

Ataupun, sejurus kepulangan kita dari membeli biskut sedap lagi krup-krap bunyinya, housemate kita pula membancuh air coklat panas untuk kita! Kita pun apa lagi, mencapai biskut rangup, mencelupnya ke dalam air coklat panas, memutarkannya, memastikan ia lembut lalu diterbangkan ke dalam mulut yang rakus mengunyah. Om-nom-nom.



Kenapa biskut lemau? Atau lembut, dalam konteks celupan air coklat panas. Kerana ia didedahkan kepada suasana yang selesa dan menenangkan. Angin, air suam. Kita kan suka mandi air panas lama-lama. Mungkin begitu jugalah kita ini. Bila kita mula berjinak-jinak dengan sikap malas, sedikit demi sedikit, kemudian bertangguh, lalu mula mencari ruang keselesaan, mencari ruang untuk rehat dan merasakan "Aaah, this is so relieving". Dan bila kita ingin mula menyambung kerja kita yang tergendala tadi, kita mula merasa berat, mula berdolak-dalih, mula mengelak dan mencari alasan atau alternatif lain supaya kita tak rasa bersalah untuk tidak membuat apa yang sepatutnya kita buat.

Mungkin juga bila syaitan membisikkan "Kau dah penat sebenarnya buat benda ni" dan kita pula mengiyakannya.

The everlasting rest is only in Jannah. Tiada masa rehat lagi jika anda bergelar Dai'e. Jangan membiarkan kepentingan diri melambatkan gerak kerja dakwah dan tarbiyah kita. Jangan sekali-kali merasakan diri kita ini penat, kerana waktu rehat bagi seorang daie adalah sewaktu qiyam. Janganlah menjadikan diri kita lemau.

Kerna biskut yang lemau takkan bisa menjadi rangup kembali.

Betul ke? :3 Tapi bukan dalam konteks perjuangan ini. Saya merasakan, dengan adanya ketuhar panas (oven. is it?) biskut yang lemau, mampu menjadi rangup semula. Maka, jika anda merasakan anda lemau, masukkan diri anda ke dalam ketuhar. Errk. Analogi sahaja :3

Kenapa ketuhar? Kerana ketuhar itu....macam pelik pulak guna ketuhar. Kerana oven itu panas. Bila panas, kita takkan duduk diam. Bila kita tak duduk diam, kita akan mula bergerak. Kerana panas itu juga, adalah suatu kesusahan, kepayahan. Dan panas itu yang sepatutnya membakar kembali semangat kita yang telah lemau! Moga-moganya, kita akan menjadi 'rangup' semula. Bahkan mungkin lebih krup-krapp daripada sebelumnya.

Okey, saya nak sambung belajar topan. I leave it to you to ponder on how to treat the 'lemau'-ness inside and perhaps to find your new oven to ignite a new spirit towards this 'perjuangan'! Oh my English. Ish ish ish. Pardon me.

Assalamualaikum wbt.

22 February 2013

"Inilah saya, anda siapa?"

Bismillahirrahmanirrahim.

Sering kali, bila diminta untuk memperkenalkan diri, jawapan kita pastinya, "nama saya ernisha binti saib, boleh panggil nisha. asal shah alam, belajar kat Moscow etc etc"

Ingin saya bawa sebuah kisah mengenai seorang tokoh yang saya sangat kagumi.

Ini kisah beliau.

Seorang wartawan bertanya tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata,

"Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang mengimpikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?"

Tokoh ini adalah Imam As-Syahid Hasan al-Banna.

Ajukan soalan yang sama pada diri anda. Siapakah anda?


20 February 2013

Down

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt semua :)

Jujurnya, saya selalu rasa terpanggil untuk menulis bila lampu idea menyala di dalam kepala tetapi apakan daya, pengurusan diri dan masa saya belum cukup baik lagi untuk saya mampu melakukan itu dan ini dengan baik. Tak tercapai lagi muwasofat Munazhnom Fi Syu'unihi (berdisiplin ataupun tersusun urusannya). Hmm... Down.

Oh no, no. Jangan Down.

Hari tu, saya menonton sebuah video yang membuatkan saya rasa kita sangat perlu menjadi optimis. Dan bila kita ingin meletakkan suatu impian, pastikan anda ikhlas dalam mengimpikannya kerana bak kata Imam Omar Suleiman dalam video di bawah, bila kita mempunyai niat yang ikhlas, Allah yang akan menjadikannya kenyataan. Silalah lihat video di bawah ini supaya anda juga dapat merasakan ke'positif'an yang ingin disampaikan oleh beliau.


Maka seperti biasa, bila semangat saya untuk melakukan sesuatu sedang berkobar-kobar, saya akan mula bergerak pantas melakukan itu dan ini. Dan semalam, setelah selesai berusrah, saya mula mencari-cari bahan untuk membuat kek :D Bersempena dengan hari lahir usrati tercinta pada minggu lepas, saya sangatlah ingin membuatkan kek untuknya. Agak lama juga dah tak buat kek. Tetapi disebabkan dah biasa dengan resepi yang digunakan, tangan saya pun laju menyukat dan memukul itu dan ini.

Atas sebab rasa keterujaan yang tinggi, baru 20 minit kek dibakar, saya telah membuka oven. Kerana kerisauan yang melampau, saya membukanya lagi 10 minit kemudian. Melihatkan kek yang seperti tak naik-naik, bertambahlah lagi tahap kerisauan saya. Akhirnya selesai 60 minit, kek masih berupa sebegitu. Malah, tak masak di tengahnya. Saya pun menambah lagi masa untuk membakar sambil-sambil mencari di internet "sebab-sebab kek tak naik". Dan ya, pastinya ada banyak sebab. Dalam kes ini, saya berpendapat adalah disebabkan saya membuka oven sebelum 40 minit terawal. Sepatutnya, oven tak boleh dibuka jika belum 40 minit kerana angin sejuk yang masuk dari luar bila oven dibuka akan menyebabkan kek jadi mampat dan bantat lah tu orang panggil.

Down.

No, no! Tak boleh Down!

Takpelah, sementara tunggu kek sejuk, jom buat topping. Kali ini, saya memilih untuk membuat chocolate topping sahaja. Boleh la ala-ala ganache. Menggunakan susu pekat, serbuk koko dan mentega, saya mengacaunya di atas dapur. Sepatutnya bila panas, ia cair lah kan? Tapi kenapa jadi sangat pekat? Haish. Runsing-runsing. Kek tak sejuk lagi, maka tak boleh dikeleuarkan lagi dari tinnya (kali ini menggunakan tin berbentuk). Saya pun meninggalkan dahulu coklat topping di tepi.

Setelah 20 minit, dengan tak sabarnya, saya menerbalikkan tin kek tersebut untuk mengeluarkannya. Eh tak keluar? Alamak. Saya ketuk-ketuk tin. Debukk! Ha, jatuh! Lalu bila diangkat tin, Alhamdulillah cantik!


Tapi oops! Chocolate dah keras. Okey, letak atas dapur balik untuk cairkan. Tapi tak cair! It became sticky sticky, verry chewy. Alahai, tak kisah lah. Letak je atas kek. 


Tadaa! Ok lah ni. Ok, simpan dalam peti.



Hari ni kelas habis awal. Maka, balik rumah buat hiasan. Simple. Dah, cukup. Just nice.

Konklusinya yang ingin saya sampaikan adalah, bila kita ada niat yang baik dan ikhlas untuk melakukan sesuatu, leave it to Allah, He will make it happen. As long as we stay positive and move on!

Okey itu sahaja, perlu kembali ke dunia realiti untuk bersiap sedia ke kelas seterusnya petang ini.

Stay positive! And leave it to Allah!

Wallahualam.

:)



21 January 2013

Perancis-Bak Cendawan Tumbuh Selepas Hujan


Up up and away! In sha Allah I'll be going to France and Italy this winter holidays. So this is just a little something that I did. Just wanna share about France ^_^

Fe-rran-sse (France), sebutan Melayu ala-ala French, begitulah bagaimana kita menyebutnya bila ingin mengambil perasaan seperti berada di sana. Sebuah negara yang cukup indah, yang terkenal dengan kecantikan seni bina bangunannya, yang penuh dengan kisah romantis, yang berbau wangi dengan pilihan roti dan pastri yang pelbagai, yang disaji dengan kepelbagaian pasta dan pizza. Pastinya, kita suka membayangkan diri kita, sedang duduk di sebuah kafe, bersama orang yang tersayang (ehem, akhawat kita semestinya), berlatar belakangkan Eiffel Tower, Eclair dan Macaroons di atas meja, serta secangkir cokelat panas di tangan. Yuuuummmm! Datang pula seorang pemuzik, memainkan alunan violin dengan muzik yang romantis yang mencairkan hati pendengarnya. Waah Waah, sedap berangan, kan? 

Kini, ianya semua di hadapan mata anda. Impian bukan angan-angan. Impian kini menjadi kenyataan. 

Biasanya, begitulah tanggapan kita bila berkata mengenai negara ini. Eiffel Tower, roti, pastri, spaghetti, pasta, muzik, romantik, fesyen dan macam-macam lagi. Tetapi tahukah anda? Negara cinta ini kini didiami oleh penganut Islam yang paling ramai antara negara-negara Eropah yang lain. Di sini sahaja, lebih daripada 70 ribu penduduknya adalah Muslim. Malah, jumlah ini semakin meningkat dari saban hari ke saban hari. 

Maka ayuhlah kita menyambungkan angan-angan kita itu untuk berjumpa dan berkasih-sayang pula bersama saudara kita di sini. Melihat bagaimana kehidupan serta perjuangan mereka di sini. Di samping isu Palestin dan Syria yang tidak pernah lekang dari laman MukaBuku, isu perjuangan umat Islam di Perancis juga kadang-kala menyinggah menyapa kita. 

Valerie, seorang doktor yang cemerlang, sudah memeluk Islam selama 2 tahun. Ibu bapa serta keluarganya tidak pernah mengambil tahu dan tidak ingin mengambil tahu tentang apa itu Islam sejak Valerie memeluk Islam. Mereka hanya tahu, mereka menentang Islam. Namun, ini tidak menjadi penghalang bagi Valerie untuk terus berada dalam Islam serta memperjuangkannya. Malahan, sebelum memeluk Islam pun, Valerie sendiri tidak bersetuju dengan pengharaman pemakaian tudung di sekolah serta beliau merasakan yang manusia zaman kini menjadi terlalu materialistik. 

Bagi Kamil Saidi pula, "Ketika saya membesar, saya kecewa kerana saya sangat sukakan makanan Perancis, tetapi seperti semua umat Islam, saya terpaksa memakan ikan ataupun makanan 'vegetarian' apabila saya pergi ke restoran. Saya selalu teringin nak makan itik dan kambing, tetapi ianya tidak halal." Kini, Kamil Saidi merupakan pemilik bagi sebuah Restoran Perancis-Halal yang mensajikan makanan Perancis yang menggunakan daging-daging halal. Restoran beliau yang bernama Les Enfants Terrible terletak di 197 Avenue Daumesnil, Paris. 

Terasa teruja? 

Ketahuilah bahawa di Fe-rran-sse juga, pembinaan masjid lebih kerap dijalankan daripada pembinaan Gereja Roman Katholik. Jumlah masjidnya telah meningkat dua kali ganda kepada lebih daripada 2,000 sejak sepuluh tahun lalu (menurut laporan penyelidikan "Membina Masjid:. Tadbir Islam di Perancis dan Belanda"). Pemimpin Islam yang paling menonjol di Perancis, Dalil Boubakeur, yang merupakan rektor Masjid Besar Paris, baru-baru ini menyeru untuk menggandakan lagi jumlah masjid di negara ini kepada 4,000 buah untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan membuktikan bahawa Islam kini dalam perjalanan untuk mengatasi Roman Katholik sebagai agama yang dominan di Perancis. Dengan bilangan yang semakin meningkat, umat Islam di Perancis menjadi semakin tegas dan menonjol. Dalam sebuah kes, sekumpulan saudara kita meminta Gereja Roman Katholik untuk memberikan kebenaran untuk menggunakan gereja yang kosong sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah lalu-lintas yang disebabkan oleh ribuan umat Islam yang menunaikan solat di atas jalan, terutamanya ketika solat Jumaat. Isu ini telah menarik perhatian politik negara pada tahun 2010 bilamana Marine Le Pen, pemimpin Parti Nasional Perancis menyamakan perbuatan solat Jumaat itu seperti sebuah pekerjaan. Maka hal ini telah dibenarkan. Mengikutkan logik akal mereka yang tidak memahami Islam, itulah alasan kukuh yang telah Allah ilhamkan bagi mereka bagi memudahkan hamba-hamba-Nya untuk beribadat kepada-Nya. Allahu akbar!

Banyak lagi kisah perjuangan umat Islam yang ada di Perancis dan sehingga kini pun masih ada dan tentunya halangan dan cabaran dalam menyebarkan Islam tak akan pernah hilang. Kita lihat, tingginya semangat umat Islam di Perancis memperjuangkan hak mereka sebagai Muslim malah pastinya, dakwah mereka berlangsung dengan hebat sekali sehinggakan bilangan penganut Islam meningkat bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. 

Dalam kita menghirup cokelat panas di sebuah Kafe Roti & Pastri berhampiran Louvre, marilah sama-sama kita cuba menyelami jiwa-jiwa serta semangat-semangat yang ada dalam individu-individu muslim di Perancis untuk kita bawa ke tanah air kita. Agar, kebenaran Islam mampu menyinar kembali di tanah tumpahnya darah kita. Alunan muzik yang romantis terus bermain di telinga, tatkala roti yang lembut dan gebu menyinggah ke mulut, kemanisan pula terasa. Mata tertutup, membayangkan kemenangan Islam yang pasti. 


Bertenang...Anda Mampu Melakukannya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Puuuh Puuuhh! Berhabuk blog ni . Teee-heeee :3

Alhamdulillah saya telah 'graduate' daripada Sem 5 Jurusan Perubatan di First Moscow State Medical University, Rusia. Sem yang cukup mencabar tetapi sepertinya Sem selepas ini akan mendatang bersama cabaran yang berganda-ganda lagi. Yap.

Beberapa hari sebelum Peperiksaan Akhir Sem 5 (bagi ayat skema skit), saya terbaca sebuah artikel oleh Inche Gabbana (pemilik blog Angel Pakai Gucci) yang bertajuk Keyakinan Diri Tahap Moksya. Dengan semangat yang berkobar-kobar setelah membaca artikel tersebut, maka wujudlah gambar ini di Instagram saya;


Apa maksud gambar ini? Mari kita bercakap mengenainya.

Keep calm - terus bertenang
Tsiqah binnafs - kepercayaan pada diri sendiri
crown - untuk menunjukkan anda punyai kuasa? dan darjat?
merah - Keberraanian! 

Dengan nikmat akal yang telah Allah berikan, saya menyedari satu faktor yang membezakan keberjayaan seseorang individu itu.

Self-esteem. Keyakinan pada diri sendiri. Tsiqah binnafs.

Saya merupakan seorang insan yang mempunyai banyak impian dan angan-angan. Nak buat itulah, nak buat inilah. Macam-macam. Sampaikan ibu saya sendiri penat melihat saya yang membuat macam-macam benda (masa zaman sekolah). Tetapi, impian dan angan-angan saya tidak berhenti hanya di mainan minda. Impian dan angan-angan saya menjadi kenyataan. (Alhamdulillah dan In sha Allah)

Dalam konteks impian dan angan-angan, akan ada dua jenis golongan. Golongan pertama, berangan dan bermimpi namun merasakan dirinya tidak mampu untuk mencapainya, tidak mempunyai kebolehan untuk berbuat seperti itu, tidak mampu menjadi seperti itu, tidak mampu itu, tidak ada ini dan pelbagai lagi kata-kata. Akhirnya terkeluar perkataan, "mustahillah aku boleh capai benda tu". Golongan yang kedua pula, bila berangan dan bermimpi, dia tidak merasakan yang ianya mustahil, sebaliknya dia akan mula berfikir bagaimana dia boleh mencapai impian itu, apa yang perlu dia lakukan supaya ia menjadi kenyataan dan segala macam strategi mula mencorakkan minda. Kesimpulannya, "ianya tidak mustahil, aku mampu melakukannya."

Maka kuncinya adalah pada tsiqah binnafs. 

Apakah itu tsiqah binnafs? Ianya adalah Bahasa Arab, buat pengetahuan anda.

Tsiqah membawa maksud yang sangat mendalam tetapinya kita ambil bahasa yang mudah untuk kita faham. Menurut Inche Gabbana lagi, tsiqah itu maksudnya kebolehpercayaan. Jika anda rajin, anda boleh cuba mencarinya di pak cik Gugle. Usaha tangga kejayaan! Yosh!

Kembali pada topik, tsiqah bermaksud kebolehpercayaan. Bi adalah kata sendi dalam bahasa Arab yang membawa maksud dengan atau pada (dalam konteks ayat ini ya. saya tidak mempunyai kelulusan dalam bahasa Arab. saya hanya belajar daripada al-Quran dan doa-doa harian). Nafs juga membawa banyak maksud. Berdasarkan pada penggunaan perkataan al-Nafs dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, Nafs boleh membawa 5 maksud iaitu, nyawa/roh, manusia, diri/individu/jiwa, hati, atau darah (sumber di sini).

Maka dapatlah disimpulkan bahawa maksud tsiqah binnafs itu sebagai kepercayaan pada diri sendiri.

Percayalah pada jiwa yang telah Allah berikan! Percayalah pada akal yang telah dikurniakan oleh Allah! Percayalah pada jasad yang telah Allah hadiahkan! Percayalah pada diri anda sendiri. Percayalah, yang anda mampu berbuat apa sahaja yang anda mahu. Semua impian, pasti jadi kenyataan.

Hiraukanlah kata-kata manusia di sekeliling yang meragui kebolehan kita untuk berbuat sesuatu yang lain daripada norma diri anda. Mereka tidak tahu apa yang ada di dalam hati anda. Mereka tidak tahu, kekuatan jenis apa yang ada dalam diri anda. Jangan mudah 'down' dengan kata-kata orang lain. Kerna anda, perlu percaya pada kebolehan diri anda. Kebolehan yang telah Allah kurniakan pada setiap daripada kita. Cuma yang sedihnya, kita yang tidak menggunakan kebolehan itu. Astaghfirullahal'azim.

Tapi bila ada sahabat kita yang ingin melakukan sesuatu yang baru (yang berbau-bau kebaikan dan bermanfaat), seharusnya kitalah yang menjadi orang yang paling bersemangat memberi semangat dan sokongan kepada sahabat kita itu. Ok? Senyum.

Saya juga adalah insan yang lemah. Tiada yang sempurna. Kerna memang fitrahnya Allah menciptakan manusia itu lemah. Saya juga mempunyai masa-masa 'down', masa-masa tika rama-rama terbang di dalam perut (erk? butterfly in the stomach), masa-masa putus asa, masa-masa yang negatif. Namun, Islam itu mengajar kita untuk menjadi seorang yang positif. Al-Quran sentiasa menceritakan tentang hal-hal yang positif. Kerna Allah hanya mahukan kebaikan buat diri kita ini. Kerna Allah itu, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Memberi.

Maka bertenanglah, ingatlah pada Yang Esa, kembalilah kepada Dia, serahkanlah segala urusan kepada-Nya, dan yakinlah pada anugerah diri yang telah Dia berikan. Pastinya, kita mampu untuk mencapai kejayaan.

Keep calm and tsiqah binnafs.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" 
(Surah Ar-Ra'd:28)