"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

09 May 2011

cantikkan alam? :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Subhanallah, sesungguhnya alam ciptaan Allah tu cukup indah ^^ Alhamdulillah sekarang dah musim Spring, pokok dah hijau, bunga da nak start tumbuh, matahari dah keluar dan langit biru pun kelihatan. memang cantik :D well, Allah pun dah cakap dalam Al-Quran, Dia memberikan petunjuk kepada hambaNya melalui Al-Quran dan alam sekeliling. namun, itu hanyalah bagi orang-oraang yang berfikir...


dulu tengok alam sekeliling rasa biasa je. cantik memang cantik tapi berhenti setakat tu je lah. Allah kata Allah sangat suka pada orang yang berfikir terhadap ciptaanNya tapi aku ni.......


aku try gak tgk pokok, tgk langit, aku try fikir..fikir ape? takde ape pun. huhuhu. macam mana niii? T_T


sehinggalah baru2 ini aku belajar mcm mana kita nk menggunakan akal apabila melihat ciptaan Allah.


senang je. heheh. bila kita tengok pokok, kita fikirkan pasal apa yang ada pada pokok. apa elemen dia. apa yang membentuk pokok ni. lepas tu, kita fikirkan, siapa yang cipta pokok ni. alhamdulillah lah kalau jawapan kita ialah Allah ^^ kalau ada yg jawab sains, umm betul jugak tapi sains tu hanyalah suatu bidang dan sains itu juga terwujud dengan adanya Allah. huhu. okey, lepas kita dah tau siapa pencipta pokok tu, kita fikir pasal kehebatan pencipta pokok tu. MasyaAllah, sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, Maha Pencipta dan segalanya.


bila dapat fikir camtu, aku dapat rasa satu kenikmatan lain bila menggunakan akal. sebelum ni guna akal fikir untuk study, fikir pasal hidup n macam2 lah. tapi bila aku fikir mengenai Allah, ada satu perasaan lain yang muncul. memang betullah, zikrullah itu pengubat hati. zikrullah tu bukan dengan berzikir pada Allah je. zikrullah tu sendiri bermaksud mengingati Allah. so, dengan mengingati Allah pun dah jadi suatu ibadah. hehe insyaallah ^^


so, marilah kita bersama2 mengingati Allah sambil2 kita berjalan dan melihat keindahan ciptaan Allah ^^ insyaallah :)



                                     

                                     







20 April 2011

ekstremis?

Bismillahirrahmanirrahim


salam semua :D waah, dah berhabuk blog ni. mmg lama betul lah tak update. snow pun da habis (ade je lg tepi2 jalan yg x cair2 lg tu). hujan dah turun, matahari pun dah keluar. bunga je takde lagi. hehe.


hurm, ekstremis?


slalu org pesan before pegi overseas, kalau ade kumpulan2 ekstremis agama ni jgn main ikut2 je.
ceh, kononnya lah kan sbb org yg suka berkata2 ni kadang2 taktau pun realiti yg sebenar.


bagi saya, peluang dapat belajar kat overseas ni memang satu nikmat yang Allah bagi. to put it simple, bila kte berada di tempat org, br kte bukak skit mata kte ni and nampak realiti sebenar kehidupan. kehidupan kte sebelum ini dan kehidupan yg kte nk jalani selepas ini.


umm, kte ni sebenarnya sangat2 lah berada dlm kerugian. Allah sendiri cakap dlm surah al-asr. hidup kte kat dunia ni pendek je. hidup kat 'sana' tu beribu-ribu tahun lamanya. and waktu hidup yg pendek ni je lah yg kte ade untuk kumpul harta and saham untuk hari akhirat nnt. hurmm, ble sedar hakikat ni baru lah terkedek-kedek nak buat baik. at least ade gak buat drpd tkde langsung kan.


dlm surah al-asr jugak Allah sebut, berpesan-pesanlah dengan kebenaran. ble kte buat bende yg benar ni, kte akan ada satu feeling yg aman, tenang n bahagia je dlm hati. tapi bila kte buat bende yg tak berapa nak benar ni, mesti kte ade rasa gelisah, ragu2, was2 n x sedap hati lah ape lah kan. tapi, bila org nk buat baik ade pulak pihak yg kata, eleh, kerek lah kau. poyo lah kau. nak jadi baik ke? - salah ke nak buat baik? huhu x)


dipendekkn cerita, x sepatutnya wujud istilah ekstremis tu sebab basically whatevr they are doing are just doing good. doing what Allah told us to do and what Allah told us to do is much more than just solat, puasa n tutup aurat. there are much much more than that and all His orders are beneficial for us. takde rugi ape pun kalau kte buat ape Allah suruh. dapat rugi dan dosa ada lah kalau kte tak buat. heheh.


so, to those people out there who actually want to do good deep inside ur heart, dont feel reluctant, why wait for something good? nak buat baik, buat je. takyah fikir2. hehe. okay, tu je lah kot for this time. busy xD hahah.


insyaallah segala yg baik tu datang dr Allah swt dn yg buruk tu drpd diri sy sendiri. afwan ^^


salam :)



21 November 2010

it's all white

Bismillahirrahmanirrahim


Russia is snowing! hahah.
Cold life is starting now, for real ;)
beginning with 0 degree...


Believing in Allah's promises, InsyaAllah we will survive Russia's extreme coldness.heheh


ps:// esok nk start pakai 'bubble' or 'pelampung' more likely. hahah. that's what we call the winter jacket :D ngee

14 November 2010

an-nas

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)
hari ni masih dikurniakan kehidupan serta peluang untuk bertaubat kepada Allah serta beriman kepadaNya.


nak share skit pasal tadabbur surah An-Nas :)

kalau kita bukak terjemahan Al-Quran, surah An-Nas bermaksud:

(1) Katakanlah,"Aku berlindung kepadan Tuhannya manusia,
(2) Raja manusia,
(3) Sembahan manusia,
(4) dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi,
(5) yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
(6) dari (golongan) jin dan manusia

maksud surah An-Nas ni terbahagi kepada 2 bahagian. 3 ayat pertama dan 3 ayat terakhir. kalau kte baca, 3 ayat pertama tu sebenarnya menceritakan mengenai Allah SWT iaitu Tuhan (Rab) kepada manusia. seterusnya Allah SWT itu sebagai Raja (Malik) yang memiliki dan memerintah manusia. dan yang terakhir Allah SWT sebagai Sembahan (Ilah) manusia, satu2nya yang berhak disembah oleh manusia. so bende ni simple je. Allah berada di kedudukan yang teratas sekali dan kita, manusia terletak di bawah sekali. kita sebagai hamba sepatutnya menyembah pada yang yang Satu iaitu Allah dan segala perbuatan kita adalah semata-mata untukNya :)

seterusnya, 3 ayat yang terakhir dalam surah An-Nas ni merujuk pada sifat "sesuatu" yang berusaha untuk membawa kita jauh daripadaNya, terpesong daripada jalan yang sepatutnya. Allah menceritakan sifat yang pertama iaitu tersembunyi. "sesuatu" ni dia menyorok. kte tak nampak die sebab die adalah musuh kte. katakanlah kan, kalau kita nampak musuh kte dr jauh, kte mesti cam akan try nak elak drpd die. so, kalaulah "sesuatu" ni kte bole nampak and kte tau die jahat, nak bawak kte kepada kejahatn, kte mesti akn try elak. then sepatutnya kte xdela buat jahat. it's as simple as that but Allah, He wants to test us, our Iman. that's why "sesuatu" itu tersembunyi. Allah nak uji, sejauh mana cinta kita kepadaNya, dan sekuat mana iman kita untuk menepis "sesuatu" yang datang dekat dgn kita tu.

sifat yang kedua pulak, "dia" membisikkan ke dalam dada manusia. specific kat situ, bisik dan dada. bisik sebab kalau syaitan, dia mana ade cakap kuat2 kat kte suruh buat jahat itu ini. and syaitan xde pulak tulis kat dinding suruh kte buat jahat. tapi sebab satu suara kecil yang membisik di dada ni lah kadang2 kte terbuat suatu kejahatn. dalam dada ni ada hati. hati ni sangat penting. kalau bersih hati itu, maka bersihlah seluruh jiwa tetapi kalau kotor hati itu maka kotorlah seluruh jiwa itu dan hati inilah yang mengawal pergerakan2 kita. that's why ble hati ni dah nak, organ lain tu ikut je. sebab tu dada, hati, sebab hatilah yang mengawal perbuatan kte.

huish panjang pulak. jap satu lagi. heheh.sifat ketiga yang Allah ceritakan adalah golongan "sesuatu" ini. "sesuatu" ini yang dr td disebut ni tidak semestinya dirujuk pada syaitan sahaja sebab ada 2 makhluk yang bleh mewarisi sifat syaitan ni, iaitu jin dan manusia. ha, jgn sangka, ada manusia dlm kalangan kte ni perangai cm syaitan. skarang kan dah ada phrase, manusia bertopengkan syaitan. ha itu lah x) so, nak katanye kat sini, berwaspadalah dgn org sekeliling kte. jgn kte mudah terpedaya dgn ajakan2 yang boleh membawa kte kpd kemungkaran Allah. kte semua ada akal sendiri, kte fikirlah yang mana yang baik untuk kte dan yg mana yg buruk. tapi kalau dah dpt yg baik tu, jgnla tk amalkan plak. huhu~ selamat beramal!

jadi itu la ceritanya hari ni. Insyaallah, yang baik itu datangnya drpd Allah SWT dan yang buruk itu datangnya drpd kelemahan diri saya sendiri ^^

jazakallahu khair ^^

10 November 2010

love letter

Bismillahirrahmanirrahim.


"Dan apa sahaja (kekayaan, jabatan, keturunan) yang diberikan kepadamu, maka itu adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya; sedang apa yang di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal. Tidakkah kamu mengerti?"

Surah Al-Qasas: ayat 60


Sesungguhnya, Al-Quran itu umpama surat cinta daripada Allah SWT. lihatlah, betapa sayangnya Allah kepada hamba2nya dengan peringatan2 yang Allah sampaikan :) 


Alhamdulillah.