Suatu masa dahulu, aku ni sebenarnya seorang yang sangat meminati seni. Aku tak pandai melukis orang. Aku tak pandai melukis binatang. Aku tak reti pun nak lukis pemandangan. Dan aku tak pandai pun mewarna. Tapi aku suka pada semua benda yang berkaitan dengan seni, terutama sekali seni motif dan dekoratif.
Ni gara-gara banyak sangat tengok Art Attack masa kecil lah ni. Suka sangat kat Neil Buchanan. Kalau bukan dia yang host, taknak tengok episod Art Attack hari tu.
Mungkin juga pengaruh daripada seorang abangku yang pandai melukis. Minat terhadap seni tu mula bercambah waktu tu. Best tengok abang lukis-lukis. Heee :D Setiap petang lepas balik dari sekolah memang takkan miss lah rancangan Art Attack tu. Sampaikan bila ada waktu lapang, mula lah mencari kotak-kotak cereal yang dah kosong untuk dijadikan bahan seni. Siap mintak tolong mak buatkan gam kanji lagi tu sebab Neil Buchanan guna dalam Art Attack. Heheh. En. Buchanan takda lah kampung macam aku ni guna gam kanji sebenarnya. Dia guna gam PVA. Tapi mak kata, gam kanji lah tu dalam bahasa Melayunya.
Aku ingat lagi. Salah satu hasil kerja seni yang aku buat masa tu adalah pop-up card. Aku tak ingat aku buat untuk siapa dan sempena apa tapi aku cukup berbangga dengan hasil kerja aku. Kiranya, aku tahu dah lah macam mana orang buat pop-up card yang ada jual kat kedai tu. hehe. Tak payah beli kat kedai dah, buat sendiri pun boleh. Cuma antara rajin dan tak je lah. hehe
Dalam banyak-banyak kerja seni yang aku belajar daripada En. Buchanan, paper mache adalah kegemaran aku. Pernah aku hasilkan starfish menggunakan teknik paper mache tu. Sampai sekarang aku simpan. Ada lagi kat almari buku. Teknik ni memang sangat menarik. Mana taknya, ni lah teknik yang paling kerap digunakan oleh Neil. Macam-macam benda boleh buat guna paper mache. Nak buat monsters, kaki gergasi, kepala orang, semua boleh :D
Bila meningkat usia ke alam remaja. Allah pertemukan aku dengan seorang sahabat yang mempunyai minat yang sama dalam seni. Sahabatku itu pandai melukis dan sangat pandai mewarna. Aku sangat menggemari hasil seninya. Masa tu, ktorang saling melengkapi diri masing-masing. Aku mendapat inspirasi apabila melihat hasil seni dia dan dia mendapat inspirasi daripada hasil seni aku. Jadi dengan cara itu, ktorang akan sentiasa dapat menghasilkan corak dan motif yang baru.
Setiap kali ada tugasan menghias kelas hinggalah ke tugasan menghias gerai jualan. Ktorang akan digandingkan untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Aku memang gemar dalam menghasilkan kerja seni yang 3D menggunakan paper mache dan sahabatku akan mewarnakan dengan rona yang cukup cantik. Bagiku, itu adalah satu kepuasan :)
Namun, aku kemudiannya masuk ke sekolah berasrama penuh. Jadual yang ketat makin lama membuatkan aku lupa terhadap jiwa seni yang tersimpan di suatu sudut dalam diri ku. Kadang-kadang bila teringat, aku kembali, cuba untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Mujur, penglibatanku dalam drama team dan Pembimbing Rakan Sebaya membolehkan aku untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, sekreatif yang mungkin. Membuatkan aku untuk berfikir out of the box dengan lebih banyak.
Bila difikirkan kembali, mungkin juga jiwa seniku ini sebenarnya tidak lebih daripada minat. Bermakna, the arts does not live in me, it's merely passion :) Kalau aku ni memang berjiwa seni, bermakna setiap satu benda yang aku lakukan dalam sehari-hari akan menjadi suatu seni tapi perkara seperti tu hanya berlaku pada satu-satu masa sahaja. But I still have the passion of course ;)
Kini, aku di perantauan. Aku belajar satu perkara baru. Bagaimana untuk memandang minat dan kelebihan kita dari satu perspektif yang lain.
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”. (Sahih Bukhari)
Agak-agaknya, apa yang dimaksudkan dengan hadis ni? Hmmm, kalau nak dikupas satu per satu memang panjang lah. Jadi, aku hanya akan ceritakan kaitan hadis ni dengan minat aku terhadap seni.
Tak salah untuk seseorang itu untuk mempunyai minat dan setiap orang itu juga pasti mempunyai bakat masing-masing. Namun, apa yang menjadi penentu baik atau buruknya hasil minat dan bakat seseorang individu adalah niatnya. Kalau dulu aku buat kerja-kerja seni ni hanya untuk kepuasan diri dan bersuka-ria tanpa mempunyai apa-apa niat. Nampak takda faedah di situ kan? Jadi, inilah keadaan yang dikatakan "..semasa jahiliyyah..".
"..terpilih juga mereka semasa Islam.." merujuk pula pada keadaan kita setelah memahami Islam itu. Dalam suatu hadis yang maksudnya,
Tak salah untuk seseorang itu untuk mempunyai minat dan setiap orang itu juga pasti mempunyai bakat masing-masing. Namun, apa yang menjadi penentu baik atau buruknya hasil minat dan bakat seseorang individu adalah niatnya. Kalau dulu aku buat kerja-kerja seni ni hanya untuk kepuasan diri dan bersuka-ria tanpa mempunyai apa-apa niat. Nampak takda faedah di situ kan? Jadi, inilah keadaan yang dikatakan "..semasa jahiliyyah..".
"..terpilih juga mereka semasa Islam.." merujuk pula pada keadaan kita setelah memahami Islam itu. Dalam suatu hadis yang maksudnya,
"....sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya..."
(Rujukan: Hadis 1/Niat)
Kita niatkanlah setiap perbuatan kita dan kita akan dapat apa yang kita niatkan. Untuk tidak menjadikan bakat dan minat kita sia-sia, kita niatkanlah ia ke arah kemajuan Islam serta kerana Allah SWT. InsyaAllah mendapat ganjaran pahala yang lebih.
Kiranya, apa yang saya nak sampaikan di sini, kita takkan rugi apa-apa dengan "memasuki" islam. Ya, kita beragama Islam tetapi adakah benar kita mengamalkan nilai-nilai islam itu dalam kehidupan seharian kita? Jadilah seperti logam, yang dulunya ketika mula-mula dijumpai kotor dan berlumpur namun setelah dibersihkan, digilap dan dibentuk, ia menjadi suatu bahan yang cukup berharga serta bersinar.
Tak bermakna kita nak mendekati islam, kita perlu tinggalkan bakat yang kita ada. Gunakanlah bakat-bakat itu sebaiknya ke arah yang diredhai-Nya ^^