"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

05 September 2012

Sabar Itu Tiada Limitnya. Percaya Tak?

Bismillahirrahmanirrahim.

Kehidupan di Moscow tidak dapat dinafikan lagi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kami. Walaupun sebenarnya kehidupan ini, walau di mana sahaja kita berada pasti ada cabaran dan dugaannya. Tetapi, kita kerap mendengar dialog-dialog seperti di bawah;

"Eiissshhhh, aku tak leh SABAR dah ni!"

"Aku dah habis SABAR dah ni, nak buat apa lagi??"

"SABAR aku dah sampai limit dah ni! Baik kau blah, sebelum pelempang satu hinggap nanti!"


......

Ada seorang ukhti pernah berkongsi sepotong ayat cinta-Nya. Ayat yang sebelum ini macam tak pernah terbaca tapi kini berada di TopList Ayat-ayat Cinta Dia dan insyaAllah sentiasa berbekas di hati.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
(Al-Imran:200)

Betapa pentingnya sabar itu bila Allah mengulangnya dua kali dalam satu ayat. Bukan setakat itu, Allah turut berkata di situ, "Kuatkanlah kesabaranmu!" Bermakna, kesabaran itu boleh dikuatkan lagi,boleh ditingkatkan lagi.

Kita kata kita ada limit dalam bersabar malah memberi amaran kepada orang sekeliling agar tidak membuat kita mencecah limit  kesabaran yang telah kita tetapkan. Ya, limit itu kita yang tetapkan.

Limit itu memang kita yang tetapkan tetapi serendah mana atau setinggi mana limit itu bergantung pada tahap keimanan kita kepada Allah. Sebab tu Allah menyeru, Wahai orang-orang yang beriman!

Allahu Rabbi yang mencipta kita. Sudah pasti Dia mengetahui kemampuan kita dan tentunya kita mampu untuk menjadi seorang yang penyabar. Bagaimana? Dengan bersabar dan meningkatkan lagi kesabaran kita!

Ya, kesabaran itu boleh di tingkatkan. Letakkanlah limit kesabaran kita pada tahap yang tertinggi sekali agar kita takkan pernah mencapai limit kesabaran kita itu. Jika kita rasa kita menghampiri limit yang kita letakkan, maka tingkatkan limit itu! InsyaAllah kita akan menjadi hamba-Nya yang penyabar, beriman serta bertaqwa.

Sedikit pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan, yang sedang berjuang mendapatkan penempatan di bumi Moscow ini terutamanya, saya mungkin tidak mengalami apa yang anda alami tetapi ketahuilah bahawa itu adalah ujian Allah untuk kamu dan kamu perlu melepasinya. Bersabar dan terus bersabar. Bersabar dan kuatkan kesabaran kamu. InsyaAllah ganjarannya pasti di akhirat kelak. Yakinlah pada Allah. Sesungguhnya Dia bersama dengan orang-orang yang sabar.

Moga Allah mempermudahkan urusan kalian dan memberikan yang terbaik untuk semua.


1 comment: