"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

14 November 2011

Aku Pintar

Bismillahirrahmanirrahim.


As always. Like chipsmore. Now you see it. Now you don't. Kejap ada, kejap takde. That's me. Huhu. But now that I'm back, let's hope that I'll be writing a lot. A LOT. Naaah, siapa suka baca post panjang-panjang? But then, siapa jugak yang suka tulis panjang-panjang? heeee.


Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Yes, I am back in Moscow for 2 months already. It doesn't seem long but a lot of things happened already. A new breeze of medical year. A more serious year (kononnya lah). A more challenging year indeed.


And it also means, a busier year.


Busy ker?


Yes, saya orang busy. (ayat poyo)


Sampai tak sempat-sempat nak update blog. Hmmpph.


Dan semalam, saya sebenarnya sedih :(


Lalu terjumpa suatu puisi yang indah ;

Puisi : Jangan Pernah Berhenti

Ada masa kau terasa ingin mengalah
Kerna banyaknya cabaran yang menguji
Tetapi jangan pernah sekali undur diri
Bersabarlah nescaya kau jadi yang tertinggi
Ada masanya engkau terasa lelah
Memautlah pada tebing Ilahi 
Agar kau tetap gagah membawa diri
Bergerak dan merapatlah
Agar kau terinspirasi untuk berprestasi
Tika berjuang menuju syurgawi

~Afdholul Rahman CA~
[131111]
Irbid
Tempat hati berbicara.
By: Langit Ilahi


"(Mereka) menjawab, "Kami menyampaikan kabar gembira kepadamu dengan benar, maka janganlah engkau termasuk orang yang berputus asa." Dia (Ibrahim) berkata, "Tidak ada yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang yang sesat." (Al-Hijr:55-56)



Kadang, kita terasa lemahnya diri, rendahnya diri, sampaikan rasa diri ini tidak layak untuk berada di sini. Meragui kebolehan diri sendiri. Orang kata, inferiority complex. Memang, sudah agak lama perasaan ini terbit di hati. Lagi-lagi bila perlu menghadiri kelas Biochemistry yang sangat sukar bagi diri ini. Sejak dahulu lagi, diri ini memang tiada 'chemistry' dengan chemistry (boleh faham?) Tapi apakan daya, jalan inilah yang dituliskan oleh Allah (^_^)

Maka, ku kuatkan semangat. Ku kentalkan jiwa. Nisha, jangan putus asa! Never ever! Percayalah pada janji Allah. Ingat balik, apa tujuan kau belajar. Milik siapa ilmu itu. Berusaha, berdoa dan bertawakallah kepada-Nya. Tawakal itu bukan terletak setelah kita berusaha dan berdoa, tetapi seharusnya kita letakkan pada setiap masa. Sebelum memulakan usaha, ketika sedang berusaha dan selepas berusaha. Doa juga begitu.

Tawakal sebelum dan semasa berusaha?

Ya. Setiap masa. Kita ambil contoh di sini, belajar. Sebelum kita belajar, kita berdoa dan bertawakal kepada Allah, moga Dia memudahkan urusan kita serta memberkati usaha kita. Semangat ni nak belajar! So kita mohon agar Allah lapangkan hati kita, minda kita, dada kita, agar kita mudah untuk menerima ilmu. Almaklumlah, ilmu itu semuanya milik Dia :) Kita kenalah minta izin dulu pada Allah, "Ya Allah, izinkanlah aku untuk mempelajari ilmumu. Berikanlah aku ilmu yang bermanfaat serta kefahaman yang sebaiknya. Kau berkatilah ilmu yang telah aku pelajari dan akan aku pelajari" (ikutlah korang nak doa macam mana, tapi yang baik-baik lah ye)

So far ok? Bole cuba la ye lepas ni sebelum nak mula belajar :) Oh jangan lupa, pasang niat dulu betul-betul. Niat tu sangat penting.

Seterusnya. Doa dan tawakal sewaktu belajar? Macam mana tu? Macam ni :)

Masa kita sedang belajar, kita bertawakallah kepada Allah, berapa banyak ilmu yang Allah nak bagi hari ni, sejauh mana kefahaman kita dalam topik ni. Ilmu itu kan milik Dia. Maka, atas Allah lah, ilmu apa yang Dia nak bagi kita pada hari ini, sejauh mana kita memahami sesuatu itu. Oleh itu, kita doalah banyak-banyak pada Allah agar Dia memberikan ilmu dan kefahaman sebanyak mungkin. Tapi hati-hati di sini. Selami kembali hati kita dan reflek apakah niat kita untuk belajar? Kenapa kita nak dapat semua ilmu itu? Kenapa kita nak faham semua benda? Kenapa? Sebab nak jadi top student dalam kelas? Sebab nak dapat perhatian cikgu dan kawan-kawan? Sebab nanti orang kata kita pandai? Atau sebab kita memang nak menyelami ilmu Dia serta menjadi hamba-Nya yang berilmu? Haaa, tepuk dada, tanya selera :)

Amacam? Rasa semangat tak nak belajar? Rasa lebih tenang tak nak buka buku? Heeeee, cuba dulu baru tahu :)

Selepas berusaha. Rasanya, yang ini memang dah ramai yang tahu dan selalu mengamalkan. Cuma ada satu yang ingin saya ingatkan (kepada diri saya sendiri terutamanya), segala apa yang berlaku, segala apa yang kita terima, itu semua telah ditulis di luh mahfuz. Maka janganlah kita mempersoalkan akan keputusan yang kita terima tetapi sebaliknya redha dan bersyukur kepada Allah kerana itulah yang sebaiknya untuk kita. Sungguh, Allah Maha Mengetahui sedang kita tidak mengetahui.

"Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku." Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." (Az-Zumar:49)

No comments:

Post a Comment