"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

23 August 2011

Pinjaman

Bismillahirrahmanirrahim

"Awaak, kita nak pinjam pemadam boleh?"


"Bo-leh. Amik lah."


"Terima kasih!"


"Awak nanti jangan lupa pulang tau."


"Okeyy!"

Masa kecil-kecil dulu, kita suka pinjam barang kawan kita kan? Macam-macam benda kita pinjam. Sekarang pula kita kena buat pinjaman kewangan untuk menampung pembelajaran. Dari sekecil-kecil pinjaman sehinggalah sebesar-besar pinjaman, semuanya kita kena pulang balik. Betul tak?

Macam mana pula dengan pinjaman yang Allah bagi?

Semua benda yang ada di dunia ini adalah pinjaman daripada Allah. Mata, tangan, kaki, hati, mak, ayah, adik-beradik, sahabat, rumah, kereta. Kalau nak disenaraikan memang tak mampu. Kesimpulannya hidup kita ini adalah suatu pinjaman. Maka setiap sesuatu yang menjadikan dan melengkapkan hidup kita juga adalah pinjaman.

Kalau tiada pinjaman mulia yang Allah bagi ni, kita tidak wujud pun di dunia ini. Dan Allah berhak untuk mengambil semula pinjaman-Nya pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.

Ada ubi ada batas, ada hari kita balas..

Persoalannya, apa yang kita dah beri kepada Allah sebagai tanda penghargaan kepada segala pinjaman-Nya?

"Macam mana kita nak bagi kat Dia?"

"Apa yang kita boleh bagi?"

"Boleh ke kita ni nak bagi pinjaman kat Allah?"

"Jika kamu meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Dia melipatgandakan (balasan) untukmu dan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Mensyukuri, Maha Penyantun." 
(At-Taghabun : 17)

Ha tu dia Allah jawab. Memang kita tak boleh nak bagi pinjaman kebendaan atau harta kepada Allah kerana Dia tak perlukan semua tu bahkan Dialah yang memberikan kepada kita. Kalau kita baca balik ayat tu kan, Allah nak kata, "Bagilah pinjaman kat Aku. Kalau kau bagi yang baik-baik, Aku gandakan lagi balasan untuk kau." Allah tu dah cukup Pemurah dan Pengasih memberi kita macam-macam tapi dia juga tetap Yang Maha Mensyukuri. Allah cukup menghargai dan mensyukuri hamba-Nya yang memberi pinjaman kepada Dia. Lihatlah betapa Mulianya Allah, Dia yang Memberi tetapi Dia juga yang Mensyukuri.

Allah pun pandai bersyukur sedangkan Dia punyai kesemuanya. Tak cukup kasihkah Allah pada kita sehingga kita tidak kasih kepada-Nya?

Astaghfirullah..

Ada banyak cara kita boleh infak ke jalan Allah. Harta, masa, tenaga. Bagi kita yang masih belajar ni, kita fokuslah pada yang dua : masa dan tenaga. Pinjamkan masa kita untuk Allah. Gunakan masa tu untuk beribadat kepada Dia, belajar mengenali Dia. Tenaga pula kita infakkan dengan membantu orang lain, menuntut ilmu, melibatkan diri dalam kerja-kerja amal.

Harta pun boleh je sebenarnya. Tak perlu banyak, sedikit pun sudah memadai :)

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki, dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui." (2 : 261)

Sungguh, perdagangan untuk hari akhirat adalah yang paling menguntungkan.

" Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? 


Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui,


Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung.


Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin. " 


(As-Saff : 10-13)

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment