kotak senyum |
"Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak kuasa mendatangkan manfaat maupun menolak mudarat bagi diriku kecuali apa yang dikendaki Allah"
(Al-A'raf : 188)
(Al-A'raf : 188)
"Mereka menjawab,"Kami mendapat nasib yang malang disebabkan oleh kamu dan orang-orang yang bersamamu." Dia (Saleh) berkata, "Nasibmu ada pada Allah (bukan kami yang menjadi sebab), tetapi kamu adalah kaum yang sedang diuji" (An-Naml : 47)
Ada masanya, perkara yang berlaku kepada kita berada di luar bidang kuasa kita. Kita dah rancang, kita dah usaha tapi hasilnya bukan apa yang kita harapkan. Kesilapan tetap berlaku. Itu pada pandangan kita. Tapi yang sebenarnya, itu adalah ketetapan Allah.
"Ketetapan Allah pasti akan datang" (An-Nahl : 1)
Hmm, perjalanan hidup aku memang selalu diwarnai dengan halangan-halangan tertentu. Kenapa aku tulis diwarnai adalah kerana bagi aku, perkara yang telah berlaku itu menjadi satu kenangan serta peringatan agar aku sentiasa berwaspada dan teliti. Tapi, mungkin sebab aku masih kurang berwaspada dan telitilah, Allah masih menurunkan ujian-ujian seperti itu kepada aku.
"... , kerana itu Allah menimpakan kepadamu kesedihan demi kesedihan agar kamu tidak bersedih hati (lagi) terhadap apa yang luput dari kamu dan terhadap apa yang menimpamu. Dan Allah Mahateliti apa yang kamu kerjakan." (Ali-Imran : 153)
Hmm, betul. Hari ni, bila ditimpa ujian, aku mampu tersenyum :)
Alkisahnya, 2 minggu yang lepas, selepas kepulanganku dari melawat maktab tercinta, MRSM Pengkalan Chepa, aku dan ibuku ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Aku ingin membuat MyKad baru di samping menukar alamat baru bersama-sama dengan ibuku. Giliran aku sejurus selepas ibuku dan kemudian kami menuju pula ke Jabatan Imigresen untuk memperbaharui pasportku. Setelah selesai segala urusan kami pun pulang.
Ketika dalam perjalanan pulang, aku meneliti kembali resit pembaharuan MyKad kepunyaanku. Tertera di situ,
NO 87, JLN PULAU ANGSA U10/28......
87???? Sedangkan nombor rumah ku adalah 37 =.=' hai hai orang nii, boleh pulak tulis nombor salah padahal aku buat lepas mak aku je pun. Alamat sama je. Mak aku punya ok pulak. Pegawai yang sama tu. Haish, menyusahkan la pulak nak kene datang balik lah, apa lah. Esok nak pegi kem. Minggu depan la baru boleh pergi ni =.='
"(Yaitu) ketika mereka datang kepadamu dari atas dan dari bawahmu, dan ketika penglihatan(mu) terpana dan hatimu menyesak sampai ke tenggorokan dan kamu berprasangka yang bukan-bukan terhadap Allah. Di situlah diuji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat." (Al-Ahzab : 10-11)
Haaa, tu lah reaksi aku waktu tu. Walaupun dalam hati je, sungguh Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati. Masa kena memang tak sedar. Bila ingat balik baru rasa teruknya aku ni. Jadi, kawan-kawan, beringat masa kena. Banyak-banyak bersabar. Jangan nak duk maki-maki orang. Dan yang paling penting sekali jangan berprasangka yang bukan-bukan, lagi-lagi terhadap Allah. hehe.
Selesai kem, aku meneruskan urusan-urusan lain yang perlu diselesaikan pada hari Isnin berikutnya. Memandangkan abangku cuti, maka mudahlah urusanku untuk ke sana-sini. Alhamdulillah urusan di Kementerian Hubungan Luar berjalan lancar. Seterusnya aku ke Kedutaan Persekutuan Rusia. Kedua-dua tempat yang aku tujui adalah bagi urusan nostrification di Rusia. Di samping itu, disebabkan aku telah membuat pasport baru, aku perlu membuat visa di pasport baru untuk membolehkan aku memasuki Rusia.
Jeng jeng jeng! Di sinilah ujian terbesarku (taklah besar mana tapi masalah besar la juga). Pendek cerita, aku mempunyai masalah dengan visa. Takde visa, takleh masuk. Huhu, camne nak balik Moscow? Memang panaslah mata masa tu. Tahan je, taknak bagi mengalir :(
Be strong Nisha! Okeh, aku pun mengajak abangku ke JPN untuk menanyakan berkenaan alamat rumahku yang salah. Aku meneliti resitku sekali lagi. Eh??
...40150 Kuala Selangor
Bila masa pulaklah poskod 40150 tu kat Kuala Selangor. mak cik nii memang laaa =.=
Tiba di kaunter, aku pun bertanya. Hampa. Kena tunggu siap dulu baru boleh tukar alamat tu. Hmm, fine.
Sampai je rumah, terus online dan bertanya kepada senior-senior bagaimana nak menyelesaikan masalah visaku. Aku ni jenis berahsia. Tak suka cerita masalah kat orang. Tapi bagitau la sikit kat mak. Sampai pulak kat telinga ayah. Dush, dush, dush. Kena marah dengan ayah. Sobs :( Don't la make it worse. I'm worried enough ni. huhu.
"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat." (An-Naml : 62)
Alhamdulillah sisters banyak membantu. Dan sekarang aku dalam usaha penyelesaian. Aku berdoa moga Allah permudahkan segala urusanku. Amiin Amiin Amiin. huhu, taknaklah tak boleh balik ke Rusia. Nak belajar..
Hari ini, aku kembali ke JPN untuk mengambil MyKad yang sudah siap. Dan terus berjuang untuk mendapatkan alamat yang betul! haha. Seperti biasa, aku mengambil nombor giliran selepas ibuku. Alhamdulillah ibuku begitu mudah mengambil MyKadnya. Lepas ni aku pulak.
"Assalamualaikum dan selamat tengahari. Harap maaf, sistem komputer tergendala sebentar" - pengumuman
What? T_T hahah, aku hanya mampu tersenyum. "Ma, Nisha lagi yang kena. haha"
Namaku dipanggil dan aku menerima MyKadku. Hanya menandatangan di buku, tanda pengesahan sudah mengambil MyKad. Aku menyatakan berkenaan alamatku yang salah dan aku diminta ke kaunter pertanyaan.
Pakcik di situ sangat memahami masalahku malah mengetahui 40150 tu Shah Alam, bukan Kuala Selangor! haha
Aku pun duduk. Tertera di setiap kaunter permohonan "KOMPUTER OFFLINE".
Errk? Lama jugak nih. Aku dan ibuku pun turun dahulu berjalan-jalan di kedai di tingkat bawah.
Kembali sekali lagi, aku mengambil nombor giliran baru dan kali ini aku dihantar ke Kaunter Khas (OKU/Warga Emas) haha
Pegawai yang berkenaan berusaha menyelesaikan masalahku. Disebabkan gangguan offline tadi, sistem agak perlahan dan mengambil masa. Nasib baik orangnya baik dan nampak bersungguh-sungguh nak tolong aku, takdelah aku kisah sangat.
Walaupun mama kata Ha, time tu lah complaint kat dia pasal kad tu, aku tahu semua ni bukan salah siapa-siapa. Semua ni adalah ketentuan Allah. Dah Allah jadikan orang tu salah taip alamat aku, dah Allah jadikan sistem tu tergendala hari ni, dah Allah jadikan visa aku bermasalah, nak buat macam mana. Semuanya atas kuasa Allah. Aku yang kerdil ni mana mampu nak buat apa-apa. Haa, jadi, redhalah atas ketetapanNya ^^
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian..." (Ali-Imran : 200)
"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepada kalian, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah : 155)
"........... Barang siapa bertekad keras untuk menjaga kesucian diri, maka Allah akan menjaga kesuciannya; barang siapa yang merasa cukup (sehingga tidak perlu meminta-minta kepada orang lain), maka Allah akan memberinya kecukupan; dan barang siapa yang mahu melatih diri untuk bersabar, maka Allah akan memberinya kemampuan untuk bersabar. Tiada karunia yang diberikan Allah kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran (sebab pahalanya tanpa batas)."
(Riwayat Bukhari-Muslim)
(Riwayat Bukhari-Muslim)
No comments:
Post a Comment