Bismillahirrahmanirrahim
I got an idea to write this post but I have much more important thing to do which is to study TOPAN (Topographic Anatomy. nak tahu apa, boleh Gugle sendiri ^^) So I put aside my mind and wills to write and started studying. And now, I'm taking a break so I might as well write. Right?
Saya agak tersentap dan malu bila ada seorang yang saya hormati mem'belek' blog saya dan membaca beberapa pos yang saya rasakan "Aaaaa malunyaaa!" dan itu membuatkan saya juga mem'belek' kembali blog saya. Melihatkan diri saya sekarang dan siri saya yang dahulu, sebenarnya wajarlah kenapa saya menjadi siapa saya sekarang. Wajarlah kot inshaAllah :3
Semalam saya terdengar kata-kata seseorang; Silapnya golongan belia hari ini yang kagum dengan seorang tokoh yang hebat dan meletakkan impian untuk menjadi seperti tokoh itu semata-mata akan menyebabkan sehingga satu saat, dia tidak mampu untuk menjadi sepertimana tokoh yang dikaguminya itu dan lalu akan berputus asa untuk menjadi seperti tokoh itu. Yang sebenarnya adalah dengan mengetahui dahulu apakah yang dilalui oleh tokoh itu sehingga beliau boleh jadi sehebat itu. Pastinya cabaran dan dugaan yang banyak. Dan juga harus dilalui oleh para belia ini ke arah menjadi seperti tokoh yang hebat tersebut.
Dan kini, ingin saya lontarkan satu analogi, iaitu lemau. Ala, macam biskut yang lemau gitu.
Dalam perjuangan ini, ada sahaja insan-insan yang terkadang merasa lemau dalam berjuang (mungkin saya, mungkin anda if you know what i mean with this perjuangan. ekceli, apa jua perjuangan lah, whether its dakwah, study, tarbiyah, developing personality etc) Sebelum ni, saya pernah membentangkan suatu formula di blog ini. Formula Untuk Terus Segar. Mujahadah + Doa = Istiqamah. Untuk melahirkan istiqamah, kita sangatlah perlu bermujahadah dan disertai dengan doa agar Allah merahmati usaha kita. Tetapi, lemau adalah satu konteks yang menampilkan keadaan yang seolah-olahnya seperti 'nyawa-nyawa ikan'. Ke over sangat? Sepertinya macam nak berputus asa. Tak nak buat apa-apa dah. Nak relax je. No responsibilities, no worries.
Kenapa? Sebab itulah analogi biskut lemau.
Biskut. Prosesnya rumit. Kalau buat sendiri, ditambah pula dengan ketiadaan bakat dalam baking. Ianya proses yang senang jika kita hanya menyarungkan tudung dan selipar lalu ke kedai runcit terdekat dan membeli sebungkus biskut rangup lagi sedap yang bernama Oreo! Tapi tak jugaak. Proses penghasilannya ketika di kilang juga rumit. Adalah proses-prosesnya yang tertentu (tidak mahu saya describe di sini) sehingga terhasillah sekeping biskut yang rangup untuk dimakan dengan bunyi krup-krapp-krup-krapp.
Sodapnya makan biskut! Eh, terlupa pulak nak sidai baju. Pegi sidai baju kejap lah. Lalu paket biskut kita tadi terbiar begitu sahaja di atas meja. Sehingga berapa lamanya bila mana angin mula menyapa biskut krup-krapp kita. Dengan angin bayu yang mendamaikan, biskut kita semakin menyukai angin yang datang menyapa. Angin pun mula melembutkan molekul-molekul biskut kita (scientificallynya saya tak pasti macam mana. ini hanya analogi) lalu jadilah ia lemau.
Ataupun, sejurus kepulangan kita dari membeli biskut sedap lagi krup-krap bunyinya, housemate kita pula membancuh air coklat panas untuk kita! Kita pun apa lagi, mencapai biskut rangup, mencelupnya ke dalam air coklat panas, memutarkannya, memastikan ia lembut lalu diterbangkan ke dalam mulut yang rakus mengunyah. Om-nom-nom.
Kenapa biskut lemau? Atau lembut, dalam konteks celupan air coklat panas. Kerana ia didedahkan kepada suasana yang selesa dan menenangkan. Angin, air suam. Kita kan suka mandi air panas lama-lama. Mungkin begitu jugalah kita ini. Bila kita mula berjinak-jinak dengan sikap malas, sedikit demi sedikit, kemudian bertangguh, lalu mula mencari ruang keselesaan, mencari ruang untuk rehat dan merasakan "Aaah, this is so relieving". Dan bila kita ingin mula menyambung kerja kita yang tergendala tadi, kita mula merasa berat, mula berdolak-dalih, mula mengelak dan mencari alasan atau alternatif lain supaya kita tak rasa bersalah untuk tidak membuat apa yang sepatutnya kita buat.
Mungkin juga bila syaitan membisikkan "Kau dah penat sebenarnya buat benda ni" dan kita pula mengiyakannya.
The everlasting rest is only in Jannah. Tiada masa rehat lagi jika anda bergelar Dai'e. Jangan membiarkan kepentingan diri melambatkan gerak kerja dakwah dan tarbiyah kita. Jangan sekali-kali merasakan diri kita ini penat, kerana waktu rehat bagi seorang daie adalah sewaktu qiyam. Janganlah menjadikan diri kita lemau.
Kerna biskut yang lemau takkan bisa menjadi rangup kembali.
Betul ke? :3 Tapi bukan dalam konteks perjuangan ini. Saya merasakan, dengan adanya ketuhar panas (oven. is it?) biskut yang lemau, mampu menjadi rangup semula. Maka, jika anda merasakan anda lemau, masukkan diri anda ke dalam ketuhar. Errk. Analogi sahaja :3
Kenapa ketuhar? Kerana ketuhar itu....macam pelik pulak guna ketuhar. Kerana oven itu panas. Bila panas, kita takkan duduk diam. Bila kita tak duduk diam, kita akan mula bergerak. Kerana panas itu juga, adalah suatu kesusahan, kepayahan. Dan panas itu yang sepatutnya membakar kembali semangat kita yang telah lemau! Moga-moganya, kita akan menjadi 'rangup' semula. Bahkan mungkin lebih krup-krapp daripada sebelumnya.
Okey, saya nak sambung belajar topan. I leave it to you to ponder on how to treat the 'lemau'-ness inside and perhaps to find your new oven to ignite a new spirit towards this 'perjuangan'! Oh my English. Ish ish ish. Pardon me.
Assalamualaikum wbt.
05 March 2013
22 February 2013
"Inilah saya, anda siapa?"
Bismillahirrahmanirrahim.
Sering kali, bila diminta untuk memperkenalkan diri, jawapan kita pastinya, "nama saya ernisha binti saib, boleh panggil nisha. asal shah alam, belajar kat Moscow etc etc"
Ingin saya bawa sebuah kisah mengenai seorang tokoh yang saya sangat kagumi.
Ini kisah beliau.
Seorang wartawan bertanya tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata,
"Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang mengimpikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan islam yang murni.
Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.
Inilah saya, anda pula siapa?"
Tokoh ini adalah Imam As-Syahid Hasan al-Banna.
Ajukan soalan yang sama pada diri anda. Siapakah anda?

20 February 2013
Down
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt semua :)
Jujurnya, saya selalu rasa terpanggil untuk menulis bila lampu idea menyala di dalam kepala tetapi apakan daya, pengurusan diri dan masa saya belum cukup baik lagi untuk saya mampu melakukan itu dan ini dengan baik. Tak tercapai lagi muwasofat Munazhnom Fi Syu'unihi (berdisiplin ataupun tersusun urusannya). Hmm... Down.
Oh no, no. Jangan Down.
Hari tu, saya menonton sebuah video yang membuatkan saya rasa kita sangat perlu menjadi optimis. Dan bila kita ingin meletakkan suatu impian, pastikan anda ikhlas dalam mengimpikannya kerana bak kata Imam Omar Suleiman dalam video di bawah, bila kita mempunyai niat yang ikhlas, Allah yang akan menjadikannya kenyataan. Silalah lihat video di bawah ini supaya anda juga dapat merasakan ke'positif'an yang ingin disampaikan oleh beliau.
Maka seperti biasa, bila semangat saya untuk melakukan sesuatu sedang berkobar-kobar, saya akan mula bergerak pantas melakukan itu dan ini. Dan semalam, setelah selesai berusrah, saya mula mencari-cari bahan untuk membuat kek :D Bersempena dengan hari lahir usrati tercinta pada minggu lepas, saya sangatlah ingin membuatkan kek untuknya. Agak lama juga dah tak buat kek. Tetapi disebabkan dah biasa dengan resepi yang digunakan, tangan saya pun laju menyukat dan memukul itu dan ini.
Atas sebab rasa keterujaan yang tinggi, baru 20 minit kek dibakar, saya telah membuka oven. Kerana kerisauan yang melampau, saya membukanya lagi 10 minit kemudian. Melihatkan kek yang seperti tak naik-naik, bertambahlah lagi tahap kerisauan saya. Akhirnya selesai 60 minit, kek masih berupa sebegitu. Malah, tak masak di tengahnya. Saya pun menambah lagi masa untuk membakar sambil-sambil mencari di internet "sebab-sebab kek tak naik". Dan ya, pastinya ada banyak sebab. Dalam kes ini, saya berpendapat adalah disebabkan saya membuka oven sebelum 40 minit terawal. Sepatutnya, oven tak boleh dibuka jika belum 40 minit kerana angin sejuk yang masuk dari luar bila oven dibuka akan menyebabkan kek jadi mampat dan bantat lah tu orang panggil.
Down.
No, no! Tak boleh Down!
Takpelah, sementara tunggu kek sejuk, jom buat topping. Kali ini, saya memilih untuk membuat chocolate topping sahaja. Boleh la ala-ala ganache. Menggunakan susu pekat, serbuk koko dan mentega, saya mengacaunya di atas dapur. Sepatutnya bila panas, ia cair lah kan? Tapi kenapa jadi sangat pekat? Haish. Runsing-runsing. Kek tak sejuk lagi, maka tak boleh dikeleuarkan lagi dari tinnya (kali ini menggunakan tin berbentuk). Saya pun meninggalkan dahulu coklat topping di tepi.
Setelah 20 minit, dengan tak sabarnya, saya menerbalikkan tin kek tersebut untuk mengeluarkannya. Eh tak keluar? Alamak. Saya ketuk-ketuk tin. Debukk! Ha, jatuh! Lalu bila diangkat tin, Alhamdulillah cantik!
Tadaa! Ok lah ni. Ok, simpan dalam peti.
Hari ni kelas habis awal. Maka, balik rumah buat hiasan. Simple. Dah, cukup. Just nice.
Konklusinya yang ingin saya sampaikan adalah, bila kita ada niat yang baik dan ikhlas untuk melakukan sesuatu, leave it to Allah, He will make it happen. As long as we stay positive and move on!
Okey itu sahaja, perlu kembali ke dunia realiti untuk bersiap sedia ke kelas seterusnya petang ini.
Stay positive! And leave it to Allah!
Wallahualam.
:)

Tapi oops! Chocolate dah keras. Okey, letak atas dapur balik untuk cairkan. Tapi tak cair! It became sticky sticky, verry chewy. Alahai, tak kisah lah. Letak je atas kek.
Tadaa! Ok lah ni. Ok, simpan dalam peti.
Hari ni kelas habis awal. Maka, balik rumah buat hiasan. Simple. Dah, cukup. Just nice.
Konklusinya yang ingin saya sampaikan adalah, bila kita ada niat yang baik dan ikhlas untuk melakukan sesuatu, leave it to Allah, He will make it happen. As long as we stay positive and move on!
Okey itu sahaja, perlu kembali ke dunia realiti untuk bersiap sedia ke kelas seterusnya petang ini.
Stay positive! And leave it to Allah!
Wallahualam.
:)
21 January 2013
Perancis-Bak Cendawan Tumbuh Selepas Hujan
Up up and away! In sha Allah I'll be going to France and Italy this winter holidays. So this is just a little something that I did. Just wanna share about France ^_^
Fe-rran-sse (France), sebutan Melayu ala-ala French, begitulah bagaimana
kita menyebutnya bila ingin mengambil perasaan seperti berada di sana. Sebuah
negara yang cukup indah, yang terkenal dengan kecantikan seni bina bangunannya,
yang penuh dengan kisah romantis, yang berbau wangi dengan pilihan roti dan
pastri yang pelbagai, yang disaji dengan kepelbagaian pasta dan pizza.
Pastinya, kita suka membayangkan diri kita, sedang duduk di sebuah kafe,
bersama orang yang tersayang (ehem, akhawat kita semestinya), berlatar
belakangkan Eiffel Tower, Eclair dan Macaroons di atas meja, serta secangkir
cokelat panas di tangan. Yuuuummmm! Datang pula seorang pemuzik, memainkan
alunan violin dengan muzik yang romantis yang mencairkan hati pendengarnya.
Waah Waah, sedap berangan, kan?
Kini, ianya semua di hadapan mata anda. Impian bukan angan-angan. Impian
kini menjadi kenyataan.
Biasanya, begitulah tanggapan kita bila berkata mengenai negara ini.
Eiffel Tower, roti, pastri, spaghetti, pasta, muzik, romantik, fesyen dan
macam-macam lagi. Tetapi tahukah anda? Negara cinta ini kini didiami oleh
penganut Islam yang paling ramai antara negara-negara Eropah yang lain. Di sini
sahaja, lebih daripada 70 ribu penduduknya adalah Muslim. Malah, jumlah ini
semakin meningkat dari saban hari ke saban hari.
Maka ayuhlah kita menyambungkan angan-angan kita itu untuk berjumpa dan
berkasih-sayang pula bersama saudara kita di sini. Melihat bagaimana kehidupan
serta perjuangan mereka di sini. Di samping isu Palestin dan Syria yang tidak
pernah lekang dari laman MukaBuku, isu perjuangan umat Islam di Perancis juga
kadang-kala menyinggah menyapa kita.
Valerie, seorang doktor yang cemerlang, sudah memeluk Islam selama 2
tahun. Ibu bapa serta keluarganya tidak pernah mengambil tahu dan tidak ingin
mengambil tahu tentang apa itu Islam sejak Valerie memeluk Islam. Mereka hanya
tahu, mereka menentang Islam. Namun, ini tidak menjadi penghalang bagi Valerie
untuk terus berada dalam Islam serta memperjuangkannya. Malahan, sebelum
memeluk Islam pun, Valerie sendiri tidak bersetuju dengan pengharaman pemakaian
tudung di sekolah serta beliau merasakan yang manusia zaman kini menjadi
terlalu materialistik.
Bagi Kamil Saidi pula, "Ketika saya membesar, saya kecewa kerana
saya sangat sukakan makanan Perancis, tetapi seperti semua umat Islam, saya
terpaksa memakan ikan ataupun makanan 'vegetarian' apabila saya pergi ke
restoran. Saya selalu teringin nak makan itik dan kambing, tetapi ianya tidak
halal." Kini, Kamil Saidi merupakan pemilik bagi sebuah Restoran
Perancis-Halal yang mensajikan makanan Perancis yang menggunakan daging-daging
halal. Restoran beliau yang bernama Les Enfants Terrible terletak di 197
Avenue Daumesnil, Paris.
Terasa teruja?
Ketahuilah bahawa di Fe-rran-sse juga, pembinaan masjid lebih kerap
dijalankan daripada pembinaan Gereja Roman Katholik. Jumlah masjidnya telah
meningkat dua kali ganda kepada lebih daripada 2,000 sejak sepuluh tahun lalu
(menurut laporan penyelidikan "Membina Masjid:. Tadbir Islam di Perancis
dan Belanda"). Pemimpin Islam yang paling menonjol di Perancis, Dalil
Boubakeur, yang merupakan rektor Masjid Besar Paris, baru-baru ini menyeru
untuk menggandakan lagi jumlah masjid di negara ini kepada 4,000 buah untuk memenuhi
permintaan yang semakin meningkat.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan membuktikan bahawa Islam kini dalam
perjalanan untuk mengatasi Roman Katholik sebagai agama yang dominan di
Perancis. Dengan bilangan yang semakin meningkat, umat Islam di Perancis
menjadi semakin tegas dan menonjol. Dalam sebuah kes, sekumpulan saudara kita
meminta Gereja Roman Katholik untuk memberikan kebenaran untuk menggunakan
gereja yang kosong sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah lalu-lintas
yang disebabkan oleh ribuan umat Islam yang menunaikan solat di atas jalan,
terutamanya ketika solat Jumaat. Isu ini telah menarik perhatian politik negara
pada tahun 2010 bilamana Marine Le Pen, pemimpin Parti Nasional Perancis
menyamakan perbuatan solat Jumaat itu seperti sebuah pekerjaan. Maka hal ini
telah dibenarkan. Mengikutkan logik akal mereka yang tidak memahami Islam,
itulah alasan kukuh yang telah Allah ilhamkan bagi mereka bagi memudahkan
hamba-hamba-Nya untuk beribadat kepada-Nya. Allahu akbar!
Banyak lagi kisah perjuangan umat Islam yang ada di Perancis dan
sehingga kini pun masih ada dan tentunya halangan dan cabaran dalam menyebarkan
Islam tak akan pernah hilang. Kita lihat, tingginya semangat umat Islam di
Perancis memperjuangkan hak mereka sebagai Muslim malah pastinya, dakwah mereka
berlangsung dengan hebat sekali sehinggakan bilangan penganut Islam meningkat
bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Dalam kita menghirup cokelat panas di sebuah Kafe Roti & Pastri
berhampiran Louvre, marilah sama-sama kita cuba menyelami jiwa-jiwa serta
semangat-semangat yang ada dalam individu-individu muslim di Perancis untuk
kita bawa ke tanah air kita. Agar, kebenaran Islam mampu menyinar kembali di
tanah tumpahnya darah kita. Alunan muzik yang romantis terus bermain di telinga,
tatkala roti yang lembut dan gebu menyinggah ke mulut, kemanisan pula terasa.
Mata tertutup, membayangkan kemenangan Islam yang pasti.
Bertenang...Anda Mampu Melakukannya!
Bismillahirrahmanirrahim.
Puuuh Puuuhh! Berhabuk blog ni . Teee-heeee :3
Alhamdulillah saya telah 'graduate' daripada Sem 5 Jurusan Perubatan di First Moscow State Medical University, Rusia. Sem yang cukup mencabar tetapi sepertinya Sem selepas ini akan mendatang bersama cabaran yang berganda-ganda lagi. Yap.
Beberapa hari sebelum Peperiksaan Akhir Sem 5 (bagi ayat skema skit), saya terbaca sebuah artikel oleh Inche Gabbana (pemilik blog Angel Pakai Gucci) yang bertajuk Keyakinan Diri Tahap Moksya. Dengan semangat yang berkobar-kobar setelah membaca artikel tersebut, maka wujudlah gambar ini di Instagram saya;
Apa maksud gambar ini? Mari kita bercakap mengenainya.
Keep calm - terus bertenang
Tsiqah binnafs - kepercayaan pada diri sendiri
crown - untuk menunjukkan anda punyai kuasa? dan darjat?
merah - Keberraanian!
Dengan nikmat akal yang telah Allah berikan, saya menyedari satu faktor yang membezakan keberjayaan seseorang individu itu.
Self-esteem. Keyakinan pada diri sendiri. Tsiqah binnafs.
Saya merupakan seorang insan yang mempunyai banyak impian dan angan-angan. Nak buat itulah, nak buat inilah. Macam-macam. Sampaikan ibu saya sendiri penat melihat saya yang membuat macam-macam benda (masa zaman sekolah). Tetapi, impian dan angan-angan saya tidak berhenti hanya di mainan minda. Impian dan angan-angan saya menjadi kenyataan. (Alhamdulillah dan In sha Allah)
Dalam konteks impian dan angan-angan, akan ada dua jenis golongan. Golongan pertama, berangan dan bermimpi namun merasakan dirinya tidak mampu untuk mencapainya, tidak mempunyai kebolehan untuk berbuat seperti itu, tidak mampu menjadi seperti itu, tidak mampu itu, tidak ada ini dan pelbagai lagi kata-kata. Akhirnya terkeluar perkataan, "mustahillah aku boleh capai benda tu". Golongan yang kedua pula, bila berangan dan bermimpi, dia tidak merasakan yang ianya mustahil, sebaliknya dia akan mula berfikir bagaimana dia boleh mencapai impian itu, apa yang perlu dia lakukan supaya ia menjadi kenyataan dan segala macam strategi mula mencorakkan minda. Kesimpulannya, "ianya tidak mustahil, aku mampu melakukannya."
Maka kuncinya adalah pada tsiqah binnafs.
Apakah itu tsiqah binnafs? Ianya adalah Bahasa Arab, buat pengetahuan anda.
Tsiqah membawa maksud yang sangat mendalam tetapinya kita ambil bahasa yang mudah untuk kita faham. Menurut Inche Gabbana lagi, tsiqah itu maksudnya kebolehpercayaan. Jika anda rajin, anda boleh cuba mencarinya di pak cik Gugle. Usaha tangga kejayaan! Yosh!
Kembali pada topik, tsiqah bermaksud kebolehpercayaan. Bi adalah kata sendi dalam bahasa Arab yang membawa maksud dengan atau pada (dalam konteks ayat ini ya. saya tidak mempunyai kelulusan dalam bahasa Arab. saya hanya belajar daripada al-Quran dan doa-doa harian). Nafs juga membawa banyak maksud. Berdasarkan pada penggunaan perkataan al-Nafs dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, Nafs boleh membawa 5 maksud iaitu, nyawa/roh, manusia, diri/individu/jiwa, hati, atau darah (sumber di sini).
Maka dapatlah disimpulkan bahawa maksud tsiqah binnafs itu sebagai kepercayaan pada diri sendiri.
Percayalah pada jiwa yang telah Allah berikan! Percayalah pada akal yang telah dikurniakan oleh Allah! Percayalah pada jasad yang telah Allah hadiahkan! Percayalah pada diri anda sendiri. Percayalah, yang anda mampu berbuat apa sahaja yang anda mahu. Semua impian, pasti jadi kenyataan.
Hiraukanlah kata-kata manusia di sekeliling yang meragui kebolehan kita untuk berbuat sesuatu yang lain daripada norma diri anda. Mereka tidak tahu apa yang ada di dalam hati anda. Mereka tidak tahu, kekuatan jenis apa yang ada dalam diri anda. Jangan mudah 'down' dengan kata-kata orang lain. Kerna anda, perlu percaya pada kebolehan diri anda. Kebolehan yang telah Allah kurniakan pada setiap daripada kita. Cuma yang sedihnya, kita yang tidak menggunakan kebolehan itu. Astaghfirullahal'azim.
Tapi bila ada sahabat kita yang ingin melakukan sesuatu yang baru (yang berbau-bau kebaikan dan bermanfaat), seharusnya kitalah yang menjadi orang yang paling bersemangat memberi semangat dan sokongan kepada sahabat kita itu. Ok? Senyum.
Saya juga adalah insan yang lemah. Tiada yang sempurna. Kerna memang fitrahnya Allah menciptakan manusia itu lemah. Saya juga mempunyai masa-masa 'down', masa-masa tika rama-rama terbang di dalam perut (erk? butterfly in the stomach), masa-masa putus asa, masa-masa yang negatif. Namun, Islam itu mengajar kita untuk menjadi seorang yang positif. Al-Quran sentiasa menceritakan tentang hal-hal yang positif. Kerna Allah hanya mahukan kebaikan buat diri kita ini. Kerna Allah itu, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Memberi.
Maka bertenanglah, ingatlah pada Yang Esa, kembalilah kepada Dia, serahkanlah segala urusan kepada-Nya, dan yakinlah pada anugerah diri yang telah Dia berikan. Pastinya, kita mampu untuk mencapai kejayaan.
Keep calm and tsiqah binnafs.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram"
(Surah Ar-Ra'd:28)
09 September 2012
Formula Untuk Terus Segar
Bismillahirrahmanirrahim
Bermulanya Semester baru, pastinya semua orang mempunyai azam baru! Semangat baru! Lebih-lebih lagi kami yang baru sahaja melangkah masuk ke tahun ke-3 pengajian perubatan di FMSMU ini. Seperti kata senior dan benarnya kata mereka, tahun ke-3 adalah yang paling mencabar kerana banyak subjek-subjek 'berat' (penting). Ditambah lagi dengan kerja-kerja DnT, pastinya kadang-kala kita akan tercungap-cungap seperti ikan yang baru diangkat dari laut.
Namun, seperti kata-kata seorang akhawat yang dirindui yang mendapat teguran ini daripada seorang ustaz, "apabila seseorang meminta bantuan daripada kamu, kamu tidak boleh katakan tidak kerana kamu busy. setiap orang mempunyai jumlah jam yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. maka, orang yang katakan dia busy adalah orang yang tidak pandai menguruskan masanya."
Ayatnya taklah tochna (maksud: exactly) macam ini tapi itulah isi yang nak disampaikan.
Maka pastinya, saya akan katakan, "Everything is POSSIBLE, and nothing is impossible"
Azam baru tak perlulah ditulis di sini kerana terlampau banyak dan pastinya post ini akan menjadi panjang berjela dan setiap orang pun mempunyai azam masing-masing.
Bila melihat azam-azam baru yang telah disenaraikan, kita pun berasa bangga dan bersemangat untuk mencapai setiap satu daripada azam tersebut!
Namun persoalannya, adakah benih-benih semangat yang ditanam di dada akan tumbuh menjadi pokok-pokok yang segar-bugar sepanjang tahun? Atau pada mulanya cukup segar namun di pertengahannya mula layu dan akhirnya mati? Atau benih-benih tersebut langsung tidak dapat memulakan kehidupannya?
Ibarat pisang goreng panas. Yang hanya sedap dimakan sewaktu panas dan tidak lagi sedap apabila sudah sejuk lalu akhirnya dimakan oleh tong sampah.
Jadi, bagaimanakah nasib semangat yang telah ditanam di dada kita itu?
Bagi memastikan pokok-pokok semangat kita terus segar-bugar pastinya kita mengharapkan istiqamah untuk hadir di dalam diri. Namun, istiqamah juga, jika dianggap seperti pisang goreng, pastinya ia akan berakhir sebelum sempat membuahkan hasil.
Dan kita sering mengeluh, susahnya nak istiqamah.
Sebelum itu, apakah maksud istiqamah?
Dalam banyak-banyak laman web yang memaparkan definisi istiqamah, saya ingin mengambil yang ini.
"Apa sahaja yang kita lakukan setiap hari, rupa-rupanya terangkum dalam satu ungkapan wasiat Nabi s.a.w bernama - istiqamah.
Istiqamah itu adalah teguh di atas jalan yang lurus, seperti kata Saidina Umar bahawa istiqamah itu adalah berdiri mematuhi suruhan dan menjauhi larangan Allah tanpa berubah-ubah." Amiza Khusyri
Diri ini mempunyai banyak cita-cita yang sangat besar tetapi masih banyak kelemahan dan kekurangan, membuatkan saya berfikir bagaimana untuk mencapai istiqamah dalam perubahan yang ingin saya lakukan. Alhamdulillah dengan nikmat akal yang Allah berikan, saya terfikirkan satu formula yang ingin saya kongsikan dengan semua yang saya rasa mampu dilaksanakan dan seterusnya menjayakan kita dalam mencapai istiqamah serta apa yang diazamkan.
Mujahadah.
Pertama-tamanya, kita mestilah bermujahadah! Bermujahadah dalam melawan nafsu malas, nafsu makan, nafsu facebook, nafsu bersembang, nafsu tidur dan sebagainya. Mujahadah itu sangatlah penting dalam membentuk jati diri yang utuh dalam diri kita. Insyaallah, dengan melatih diri kita untuk bermujahadah, kita akan menjadi seorang yang kuat, sabar dan tabah dalam menghadapi apa jua keadaan.
Doa.
Doa itukan senjata mukmin. Ramai yang tidak percaya dan bermalas-malasan untuk berdoa. Tetapi, ketahuilah bahawa doa ini sebenar-benarnya senjata kita. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 186,
Maka berdoalah kepada Allah agar dikurniakan istiqamah dalam amalan-amalan kita. Berdoalah agar amalan kita diberkati-Nya. Berdoalah agar amalan kita diterima oleh-Nya. Berdoalah agar kita dapat mencapai kejayaan yang kita inginkan. Berdoa, berdoa dan teruskanlah berdoa.
Bila persamaan (equation) yang saya tuliskan di atas adalah Mujahadah + Doa, bermakna kita perlu melakukan kedua-duanya untuk mendapatkan istiqamah itu.
Bermujahadahlah melawan nafsu dan berdoalah kepada Allah. Insyaallah kita akan istiqamah dalam amalan dan usaha kita.
Dan akhirnya, pokok-pokok semangat kita juga pastinya akan sentiasa segar. Insyaallah.
Oh, sedikit pesanan penaja, lakukan segalanya dengan bersungguh-sungguh ya, bukannya seperti hangat-hangat tahi ayam kerana Allah akan sentiasa melihat usaha kita.
ps:// segala yang disampaikan pastinya peringatan buat diri ini terutamanya. bagi yang mengenali, ingat-ingatkanlah saya. ayuh, sama-sama kita menuju kejayaan!

MUJAHADAH + DOA = ISTIQAMAH

"......Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku......"

05 September 2012
Sabar Itu Tiada Limitnya. Percaya Tak?
Bismillahirrahmanirrahim.
Kehidupan di Moscow tidak dapat dinafikan lagi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh kami. Walaupun sebenarnya kehidupan ini, walau di mana sahaja kita berada pasti ada cabaran dan dugaannya. Tetapi, kita kerap mendengar dialog-dialog seperti di bawah;
"Eiissshhhh, aku tak leh SABAR dah ni!"
"Aku dah habis SABAR dah ni, nak buat apa lagi??"
"SABAR aku dah sampai limit dah ni! Baik kau blah, sebelum pelempang satu hinggap nanti!"
......
Ada seorang ukhti pernah berkongsi sepotong ayat cinta-Nya. Ayat yang sebelum ini macam tak pernah terbaca tapi kini berada di TopList Ayat-ayat Cinta Dia dan insyaAllah sentiasa berbekas di hati.
Betapa pentingnya sabar itu bila Allah mengulangnya dua kali dalam satu ayat. Bukan setakat itu, Allah turut berkata di situ, "Kuatkanlah kesabaranmu!" Bermakna, kesabaran itu boleh dikuatkan lagi,boleh ditingkatkan lagi.
Kita kata kita ada limit dalam bersabar malah memberi amaran kepada orang sekeliling agar tidak membuat kita mencecah limit kesabaran yang telah kita tetapkan. Ya, limit itu kita yang tetapkan.
Limit itu memang kita yang tetapkan tetapi serendah mana atau setinggi mana limit itu bergantung pada tahap keimanan kita kepada Allah. Sebab tu Allah menyeru, Wahai orang-orang yang beriman!
Allahu Rabbi yang mencipta kita. Sudah pasti Dia mengetahui kemampuan kita dan tentunya kita mampu untuk menjadi seorang yang penyabar. Bagaimana? Dengan bersabar dan meningkatkan lagi kesabaran kita!
Ya, kesabaran itu boleh di tingkatkan. Letakkanlah limit kesabaran kita pada tahap yang tertinggi sekali agar kita takkan pernah mencapai limit kesabaran kita itu. Jika kita rasa kita menghampiri limit yang kita letakkan, maka tingkatkan limit itu! InsyaAllah kita akan menjadi hamba-Nya yang penyabar, beriman serta bertaqwa.
Sedikit pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan, yang sedang berjuang mendapatkan penempatan di bumi Moscow ini terutamanya, saya mungkin tidak mengalami apa yang anda alami tetapi ketahuilah bahawa itu adalah ujian Allah untuk kamu dan kamu perlu melepasinya. Bersabar dan terus bersabar. Bersabar dan kuatkan kesabaran kamu. InsyaAllah ganjarannya pasti di akhirat kelak. Yakinlah pada Allah. Sesungguhnya Dia bersama dengan orang-orang yang sabar.
Moga Allah mempermudahkan urusan kalian dan memberikan yang terbaik untuk semua.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beruntung."
(Al-Imran:200)
Betapa pentingnya sabar itu bila Allah mengulangnya dua kali dalam satu ayat. Bukan setakat itu, Allah turut berkata di situ, "Kuatkanlah kesabaranmu!" Bermakna, kesabaran itu boleh dikuatkan lagi,boleh ditingkatkan lagi.
Kita kata kita ada limit dalam bersabar malah memberi amaran kepada orang sekeliling agar tidak membuat kita mencecah limit kesabaran yang telah kita tetapkan. Ya, limit itu kita yang tetapkan.
Limit itu memang kita yang tetapkan tetapi serendah mana atau setinggi mana limit itu bergantung pada tahap keimanan kita kepada Allah. Sebab tu Allah menyeru, Wahai orang-orang yang beriman!
Allahu Rabbi yang mencipta kita. Sudah pasti Dia mengetahui kemampuan kita dan tentunya kita mampu untuk menjadi seorang yang penyabar. Bagaimana? Dengan bersabar dan meningkatkan lagi kesabaran kita!
Ya, kesabaran itu boleh di tingkatkan. Letakkanlah limit kesabaran kita pada tahap yang tertinggi sekali agar kita takkan pernah mencapai limit kesabaran kita itu. Jika kita rasa kita menghampiri limit yang kita letakkan, maka tingkatkan limit itu! InsyaAllah kita akan menjadi hamba-Nya yang penyabar, beriman serta bertaqwa.
Sedikit pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan, yang sedang berjuang mendapatkan penempatan di bumi Moscow ini terutamanya, saya mungkin tidak mengalami apa yang anda alami tetapi ketahuilah bahawa itu adalah ujian Allah untuk kamu dan kamu perlu melepasinya. Bersabar dan terus bersabar. Bersabar dan kuatkan kesabaran kamu. InsyaAllah ganjarannya pasti di akhirat kelak. Yakinlah pada Allah. Sesungguhnya Dia bersama dengan orang-orang yang sabar.
Moga Allah mempermudahkan urusan kalian dan memberikan yang terbaik untuk semua.
09 March 2012
Turkiye!
Bismillahirrahmanirrahim.
Ini adalah post yang sepatutnya sudah lama di post tetapi atas sebab-sebab tertentu post ini tidak di post. hihi.
Ini adalah kisah jaulah saya pada bulan Januari yang lepas. heee :D
Ini adalah post yang sepatutnya sudah lama di post tetapi atas sebab-sebab tertentu post ini tidak di post. hihi.
Ini adalah kisah jaulah saya pada bulan Januari yang lepas. heee :D
Ini Kisah KeOSEMan Jaulah Kami
Pernah tak, kita tengok movie action-thriller dan merasakan adrenaline-rush meresapi tulang-belulang kita? Kemudian kita mula membayangkan kalau kita yang berada di dalam movie itu? Dan kita pun mula membuat aksi-aksi tersendiri, merasakan kita lebih hebat daripada hero di dalam movie itu. Pernahkah? Tidakkah?
Ketahuilah, real live drama lebih mencabar, lebih action, lebih thrill, lebih segala-galanya daripada drama di kaca tv.
Inilah kisah adventure jaulah kami.
“Apabila solat telah dilaksanakan, maka bertebaranlah kamu di bumi, carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung” (Al-Jumu’ah : 10)
“Maka apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di bumi, lalu memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka itu lebih banyak dan lebih hebat kekuatannya serta (lebih banyak) peninggalan-peninggalan peradabannya di bumi, maka apa yang mereka usahakan itu tidak dapat menolong mereka.” (Ghafir : 82)
Menyahut seruan Allah, hati kami dipertemukan dan disatukan untuk sama-sama berjaulah di bumi Turki, menyusuri sejarah Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan yang pastinya Penaklukan Constantinople. Tinggalan-tinggalan yang masih ada memang terasa ruhinya. Merasakan diri kami lebih dekat dengan sejarah yang telah meninggalkan kami.
Bermulanya REAL live drama kami pada hari kelima jaulah.
Perjalanan dimulakan awal pagi lagi kerana mengejar jadual feri pada jam 8.30 pagi. Hari ni kami akan ke luar Istanbul! Ya, arah tuju kami adalah Bursa.
Pakcik Fuat, pertemuan yang tidak dirancang oleh kami tapi dirancang oleh Allah. Pakcik Fuat membawa kami ke Bandar Bursa dengan van pelancong beliau yang sangat selesa. Salji yang lebat menyebabkan kami tidak dapat menaiki Ulu Dag (Great Mountain - Mount Olympus) dengan teleferik (cable car) yang dinanti-nantikan oleh kami. Ulu Cami (Great Mosque) dan Kapali Carsi (Covered Bazaar) menjadi destinasi. Pakcik Fuat yang baik itu juga me-rekomenkan restoran yang paling sedap di situ. Sedap makan, sedap juga wang yang dikeluarkan. Keh keh keh.
Jam baru menunjukkan pukul 4 petang tetapi Pakcik Fuat sudah mengajak untuk bertolak pulang ke Ferry Dock. Jadual feri kami adalah pada jam 7.30 petang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang sejam (berdasarkan perjalanan pergi). Kami-kami yang masih berjiwa muda dan masih ingin meneroka Kapali Carsi, meminta Pakcik Fuat lagi satu jam untuk berada di Bursa. Mula-mula Pakcik Fuat taknak bagi, puas beliau menerangkan keadaan persekitaran dalam bahasa Turki yang tidak kami fahami. Apa yang kami faham, kami ingin ke Kapali Carsi. Terasa macam ayam cakap dengan itik pula. Nakalnya kami ni. Hehe. Akhirnya dibenarkan.
Tepat jam 5 petang (terlambat la juga beberapa minit). Dengan hati yang gumbira kami bertolak pulang. Senyuman lebar di muka semua orang, kepuasan. Tiba-tiba terhenti kenderaan kami.
Traffic jam :O
Traffic jam :O
Uh-oh.
Husnuzon, husnuzon. Insyaallah sempat sampai. Heeee, kami cuba untuk optimis.
Salji lebat. Hari pula semakin gelap. Masuk ke highway, perjalanan lebih lancar tetapi bergerak perlahan sehinggalah ke suatu tempat di mana semua kenderaan terhenti. Hanya lampu merah yang kelihatan (lampu belakang kereta). Informasi daripada kawan kepada Pakcik Fuat mengatakan berlakunya kemalangan mungkin disebabkan jalan yang licin. Walaupun dalam bahasa Turki, kami pasti, itulah yang berlaku. (Hihi)
Kami pun membaca mathurat.
“Bukankah Dia (Allah) yang telah memperkenankan (doa) orang-orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Sedikit sekali (nikmat Allah) yang kamu ingat.”
(An-Naml : 62)
Selesai mathurat, Alhamdulillah kenderaan mula bergerak. Sungguh, Allah-lah sebaik-baik pelindung bagi manusia. Perjalanan diteruskan walaupun salji masih lagi lebat, angin pun masih lagi kuat. Boleh terasa seperti van kami sedang berlawan menggagahkan diri di atas jalan licin yang menuruni bukit ini.
Detik cemas. Pakcik Fuat bersuara cemas dan risau dalam bahasa Turki. Kami yang tidak memahami cuba berbuat apa yang disuruh. Cermin belakang dilap. Merisaukan Pakcik Fuat tidak nampak belakang. “La! La! (Tidak! Tidak!)” Sekali-sekala berbahasa Arab. Apakah yang Pakcik nak? Kami tidak faham. Setelah membuat gaya tangan berpusing-pusing. Kata-kata Pakcik Fuat akhirnya diinterpretasi, “Beratkan belakang van. Jalan licin, takut van tak stabil dan bergolek-golek”.
Akhirnya kami berjaya melepasi zon bahaya. Namun, jam menunjukkan 7.00 petang dan perjalanan masih 38km. Hati merasa yakin, sempat untuk menaiki feri yang berlepas jam 7.30 petang. Yakin yang mungkin untuk menyedapkan hati sahaja. Walau apa pun, Allah adalah sebaik-baik perancang.
Kami bersedia mengemas beg serta barang-barang kepunyaan masing-masing. Bersedia untuk lari pecut ke garisan penamat (itu zaman sekolah). Bersedia untuk berlari mengejar kesempatan untuk menaiki feri pulang ke Istanbul.
Terminal feri kelihatan. Van diberhentikan. Kami buka pintu dan membuka langkah seribu. Sempat mendengar “Kush! Kush!” Pakcik Fuat bersuara. Lari! Lari! Mungkin itu maksudnya. Sebelas pasang kaki berlari mengejar pintu masuk. Security check kami rempuh. Biarpun berbunyi, kami terus menuju ke Lounge 3 yang menulis Yenikapi (Istanbul) 7.30pm. Tetapi sudah gelap.
Ke mana pula seterusnya? Rempuh pintu keluar, mengejar feri dan melompat ke atasnya? Drama.
Jam di tangan menunjukkan 7.34 petang. Kami terhenti. Memandang ke luar. Melihat sebuah feri berlalu pergi, jauh dari pandangan.
Semua seakan tergamam. Kita terlepas feri? Kita terlambat 4 minit sahaja!
Kelihatan wajah Pakcik Fuat. Datang, mengambil berat akan keadaan kami. Melihatkan kami terlepas feri itu, sambil tersenyum Pakcik Fuat berkata dalam bahasa Turki yang bagi kami bermaksud “Itulah, dah kata pukul 4, nak pukul 5 jugak”.
Kami hanya tersenyum, mengetawakan diri sendiri.
“Sesungguhnya, penolongmu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman, yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat, seraya tunduk (kepada Allah).”
(Al-Ma’idah : 55)
Sungguh, pertolongan Allah itu ada di mana-mana sahaja cuma melalui perantaraan-perantaraan yang tertentu. Pegawai-pegawai di situ datang membantu, memberi cadangan kepada kami bagaimana untuk pulang ke Istanbul. Sambil menunggu feri ke Pendik jam 8.15 malam, kami duduk mengambil ibrah (pengajaran) daripada apa yang baru sahaja berlaku kepada kami. Betapa tingginya kesabaran Pakcik Fuat, beliau tidak membebeli atau memarahi kami di sepanjang perjalanan walau sedikit pun. Hanya setelah kami ditinggalkan oleh feri itu baru Pakcik Fuat menyatakan dialog di atas. Malah, beliau tidak juga menurunkan kami di tengah-tengah jalan di kawasan pergunungan itu. Sebaliknya, sangat merisaukan keselamatan kami. Bagi kami, kita sepatutnya dengar dan patuh dengan kata-kata orang tempatan. Mereka yang lebih mengetahui keadaan dan situasi di kawasan tersebut. Teringat kata-kata Allah;
“…maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.”
(An-Nahl : 43)
Ada juga yang berkongsi mengatakan, bagaimana kalau situasi tadi berlaku di hadapan pintu syurga? Betapa kita berlari berkejaran tercungap-cungap dan bila tiba, kita tetap juga tidak dapat masuk. Muhasabah.
Kali ini kami berjaya menaiki feri, cuma ke destinasi yang lain. Jam 9.00 malam kami tiba di Pendik. Berdiri di stesen bas untuk ke Shishli. Angin bertiup kuat berserta salji. Bersama-sama kami membuat “bulatan haba”. Seorang Pakcik yang bersama di situ kemudiannya bertanya, “Are you going to Shishli? I’m going there too.” Bersinar-sinar mata kami dan terus menyuarakan, “Can we follow you?” Pakcik mengangguk tanda setuju.
Alhamdulillah.
Pakcik yang turut kesejukan mengatakan seperti tiada bas yang akan datang dan dia ingin mengambil bas mini tetapi perlu berjalan jauh sedikit. Kami yang juga tidak tahan kesejukan dalam menunggu, sanggup untuk berjalan. Apa sahaja untuk pulang ke hostel. Sepuluh minit berjalan, kami pun menaiki bas mini yang tempat duduknya cukup-cukup sahaja untuk kami dan pakcik. Tetapi pakcik tidak duduk. Memberi ruang kepada penumpang lain.
Walaupun sudah lewat malam, pasti ada sahaja penumpang yang naik di setiap perhentian. Sempat juga kami melihat seorang penumpang yang memegang tasbih di tangan. Mengingati dan memuji Allah Yang Maha Esa walau di mana jua, bila-bila masa. Kami yang kepenatan, sekali-sekala terlena di situ. Bangun, tidur, bangun, tidur. Hingga tidak terkira bilangannya, namun kami masih belum tiba di destinasi Kardikoy. Pakcik kata dari situ, kami boleh ambil bot merentasi Selat Bosphorus untuk terus ke Eminonu dan sampai ke hostel. Kami semua “trauma” mendengar perkataan bot.
Memandangkan malam sudah lewat, Pakcik kata bot sudah tidak beroperasi. Maka kita akan ambil bas. Tibanya di Kardikoy jam sudah menunjukkan 12.00 malam. Alhamdulillah bas masih ada.
Pakcik memberitahu kami bahawa bas ini akan membawa kami terus ke Cevizlibag di mana kami boleh mengambil tram dan pulang ke hostel. Setibanya di Shishli, Pakcik pun turun meninggalkan kami dengan muka yang penuh kerisauan. Kami amat berterima kasih kepada Pakcik yang banyak membantu kami. Betapa lembutnya cara Allah menjaga dan melindungi kami. Subhanallah.
Tiba di Cevizlibag, kelihatan sebuah tram sedang lalu. Sekali lagi kami berlari mengejar tram itu. Namun, ditahan oleh pakcik pengawal. Katanya, itu bukan tram untuk penumpang. Tram sudah tidak beroperasi. Kami hampa. Namun, van mini kecil yang menunggu di tepi jalan yang akhirnya membawa kami pulang sehingga ke pintu depan hostel. Alhamdulillah, akhirnya selamat tiba.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami telah beriman” dan mereka tidak diuji?”
(Al-Ankabut : 2)
Jaulah kami berbaki sehari lagi. Walaupun lewat dan penat malam itu, tentatif jaulah pada hari terakhir tetap kami penuhi. Jauh di lubuk hati, kami tahu, cabaran perjalanan ini masih belum berakhir.
Dengan hati yang berat untuk meninggalkan bumi Turki, kami tiba juga di lapangan terbang Ataturk seawal 6.00 pagi yang sejuk dan bersalji itu.
Melihatkan Information Board, penerbangan Turkish Airlines ke Moscow pada jam 8.30 pagi DIBATALKAN. Seolah-olah tiada apa-apa berlaku, semuanya menerima dengan tenang dan teruskan berjalan menuju ke kaunter tiket.
Alhamdulillah tiket kami ditukarkan ke penerbangan yang seterusnya pada hari itu. Setelah lima jam menunggu akhirnya kami check-in, mengharapkan segalanya lancar dan dipermudahkan. Hampir waktu boarding, pengumuman dibuat mengatakan penerbangan kami ditunda sejam. Melihatkan cuaca di luar, memang seperti tidak ada kapal terbang yang mampu untuk berlepas. Demi keselamatan, lebih baik penerbangan ditunda. Setiap jam pengumuman baru dibuat, menambah tempoh penundaan waktu boarding. Sehinggalah jam 7.00 petang akhirnya gate dibuka, membenarkan kami boarding.
Walaupun telah memasuki kapal terbang, dua orang daripada ahli jaulah kami tidak mendapat tempat duduk kerana nombor seat yang diberi di tiket tidak wujud. Mungkin disebabkan penerbangan pagi yang dibatalkan, kami menaiki Airbus bagi menampung jumlah penumpang yang ramai sehinggakan para pekerja tersalah memberi nombor seat. Di dalam flight Airbus hanya mempunyai seat yang berabjad AB-DEF-JK. Namun yang tertera di tiket adalah C.
Kerusi-kerusi yang ada kelihatan seperti hampir dipenuhi semuanya. Alhamdulillah setelah beberapa minit menunggu, pramugari memberikan seat yang kosong kepada mereka berdua. Hampir dua jam menunggu di dalam kapal terbang baru akhirnya kami berlepas ke Moscow, iaitu pada jam 9.45 malam. Dan Alhamdulillah juga kami selamat tiba di Moscow dan kembali ke lokaliti masing-masing.
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sepertimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” (Al-Baqarah : 286)
Setiap jaulah pasti ada kisahnya yang tersendiri. Sungguh, Allah itulah yang paling sayang dan yang paling cinta kepada kita dan Dia tidak akan membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu. Alhamdulillah, ahli-ahli jaulah ini menerima segala ujian yang Allah beri dengan tenang, malah dengan senyuman. Tidak ada yang merungut, tidak ada yang merengus. Semuanya redha akan perancangan-Nya.
Ke mana-mana sahaja pun kita pergi di dunia ini, memang kita mampu untuk mempelajari sejarah di sebalik tempat-tempat yang dikunjungi. Namun, ukhwah sesama ahli jaulah, pengalaman, serta perkongsian yang diberi pasti tidak akan diperolehi di saat lain melainkan sewaktu berjaulah. Waktu ini jugalah kita dapat mengenali dengan lebih dekat ahli jaulah kita. Yang sudah kenal menjadi lebih rapat, yang baru nak kenal kini menjadi kenal bahkan rapat. Sungguh manis ukhwah yang terbina. Sama-sama bergembira, sama-sama bersabar, sama-sama membantu mengharungi kesusahan.
“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu.”
(Muhammad : 31)
Kata-kata Allah adalah yang paling benar sekali. Dia akan menguji kita untuk mengetahui sama ada kita benar-benar beriman kepada-Nya. Jaulah merupakan satu medan ujian yang Allah akan uji keimanan kita. Dan perihal ini jugalah yang akan membawa kita lebih hampir dengan Dia. Insyaallah.
“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.”
(Al-Balad : 27-30)
08 February 2012
Picture of The Year 2011
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya hari tu rasa terpanggil untuk join Picture of The Year 2011 contest yang dianjurkan oleh seorang batch-mate saya. Saje suka-suka mengisi masa. Tetapi rupa-rupanya masa saya sangatlah terisi sehinggakan tidak sempat untuk menyempurnakan entri ini. Huhu. Tadi cuba buka page dia kot-kot la masih dibuka, boleh lah hantar, tapi rupa-rupanya dah tutup. Takpa lah, nak buat jugak. Sebab sebenarnya nak share dengan semua orang, picture of the year 2011 bagi saya. Ya, gambar di bawah ini :)
Kenapa gambar ini?
Saya sangat suka tengok gambar ni sebab gambar ni akan mengingatkan saya pada Aidilfitri 2011. Raya pertama kepulangan dari Rusia. Raya kali ini raya yang meriah dengan kehadiran saudara-mara. Yang jauh, yang dekat. Semuanya ada. Seronok melihat muka adik-adik yang makin besar, yang sudah besar semakin matang, yang dewasa berumah tangga dan bercahaya mata, yang tua makin muda (acewwah.hehe) Besar rasanya hati ini melihatkan saudara-mara sihat walafiat, harmoni semuanya. Berlatar belakang rumah pusaka yang tidak lagi didiami lagilah menggamit memori di hati :')
Besar keluarga, besar tanggungjawab
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperntahkan." (At-Tahrim : 6)
Ya, besar keluarga, besar juga tanggungjawab. Yang bermain-main, berlegar-legar di fikiran saya. Tidakkah kita takut mendengarkan kata-kata Allah yang tidak ada keraguan padanya? huhu. Kalau difikirkan diri sendiri dan keluarga dalam situasi di atas, memang meremang bulu roma. Taknak bayang langsung!
Kata-kata Allah adalah yang paling benar sekali. Benar, jika kita tidak memelihara diri dan keluarga, itulah gambaran yang akan terjadi di akhirat kelak. Cuak tak cuak tak? Huuuuu~
Takutlah kita akan azab-Nya nanti. Maka, peliharalah diri kita terdahulu agar kita pula dapat memelihara keluarga kita.
Wahai sahabat, wahai teman
Peliharalah diri kita dengan memelihara solat kita, puasa kita, ibadah kita..
Peliharalah diri kita dengan memelihara pergaulan kita, kehormatan kita, akhlak kita..
Peliharalah diri kita dengan memelihara hati kita, akal kita, tubuh kita..
Yang penting sekali, peliharalah diri kita dengan memelihara aqidah kita..
La ilaha illallah, muhammadur rasulullah.
Syahadah yang perlu disertai dengan iman dan amal. Bukan sekadar kalimah yang biasa disebutkan.
Nak jadi baik, jangan sorang-sorang. Jadilah baik beramai-ramai, bersama-sama.
Syurga idaman
Syurga menjadi idaman setiap insan di muka bumi ini. Tapi, syurga itu akan lebih indah dan bahagia kalau keluarga kita pun ada sama. Tidakkah begitu?
Setibanya kita di pintu syurga, kita melihat adanya ibu dan ayah kita, adik-beradik kita di samping mereka. Di belakang pula berdirinya saudara-saudara yang kita kasihi. Toleh ke kanan pula, kita lihat sahabat kita turut bersama di syurga Ilahi. Dia juga bersama-sama keluarganya. Toleh ke kiri juga kita lihat situasi yang sama.
Semua orang senyum gembira, bahagia, tenang.
Bila ditoleh pula ke belakang, pintu syurga hampir tertutup dan dari sipi-sipi ternampak neraka yang Allah kata bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Kemudian dijaga oleh malaikat-malaikat yang kasar dan keras.
Sungguh, bayangan manusia tidak mungkin mencapai apa yang sebenarnya Allah sediakan di akhirat kelak. Kalau kita sudah pun dapat membayangkan keindahan syurga itu, ketahuilah, di akhirat kelak, syurga Allah itu jauh lebih indah daripada apa yang kita bayangkan. Berganda-ganda, teramat sangatlah indah :)
Kita semua punya akal kan? Kita semua punya hati kan? Kita semua punya keluarga kan?
Tepuk dada, tanyalah iman :)
Wallahualam.
13 January 2012
Make Me Strong
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam 2012! Waah lambat kan saya ucapkan tahun baru >.<
Mungkin di Rusia ni, tahun baru adalah ketika cuti winter, makanya tak terasa sesuatu yang baru seperti bermulanya sem baru.
Tahun 2012 saya dimulakan dengan minggu yang penuh dengan aktiviti AZAM Russia dan seterusnya study week dan exam yang baru sahaja habis tadi (Anatomy) dan akan bersambung satu lagi pada hari Isnin (Histology).
Insyaallah saya nak share dengan anda video ini :)
Video yang menenangkan dan memberi semangat kepada saya.
Make me strong Allah, for this road is long.
Yes, 2012 will be a long road.
:)
12 December 2011
The Red Cake is The Red Velvet
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Dengan kuasa dan izin Allah, usaha saya menjadi pada hari ini. Iaitu.....membuat kek!
Kek ini khas saya buat sempena Hari Lahir seorang sahabat pada hari ini. Sanah helwah! Lately ni macam rajin je nak try resepi-resepi baru. Minggu lepas buat puding sagu dan Shepherd's Pie. This week pula, jeng jeng jeng...
it's the famous red cake! The Red Velvet!
Hari tu pernah la juga try buat masa kat Malaysia, tapi tak buat kek, buat mini muffin berperisa Red Velvet :D
Kali ini saya kembali bersama resepi yang sama tapi kali ini hasilnya adalah kek! (my first cake!)
Bermulanya perkenalan dengan Red Velvet adalah bila datang ke Moscow. Sisters di sini rajin ber'baking' bila ada free time dan suatu hari, saya disaji dengan Red Velvet Cupcakes. Waah, sangat menarik! Warna merah! Eh, sedaplah! Sejak dari saat itu, Red Velvet menjadi kegemaran saya dan kami-kami yang baru berkenalan dengan kek merah ini.
Resepi yang saya gunakan sebenarnya saya ambil dari internet (nak minta from sorang sister ni tapi tak dapat-dapat. huhu) Tapi bila saya cari balik resepi ni, saya tak jumpa dah. Makanya, saya ingin berkongsi dengan anda semua resepi yang saya gunakan. Bagi sesetengah orang mungkin susah dan leceh namun bagi saya resepi ini mudah untuk saya ikuti dan mencari bahan-bahan yang diperlukan :)
The Red Cake is The Red Velvet
Bahan A (ayak bersama)
375 g tepung gandum
20 g serbuk koko
1 tsp baking soda
Bahan B
170 g mentega
350 g gula kastor
2 tsp esen vanila
3 biji telur grade A*
Bahan C
350 ml whipped cream/yogurt**
1 tsp cuka
2 1/2 tsp pewarna merah***
(satukan semua, biarkan selama 10 minit)
Topping cream cheese
250 g cream cheese ****
80 g gula aising
1 tsp esen vanila
180 ml UHT whipped cream
= kek 9" = 30 cupcakes
1. Panaskan oven 180c. Sediakan loyang/cawan kertas.
2. Satukan bahan A, dan ketepikan.
3. Pukul bahan B hingga kembang, masukkan telur satu per satu diikuti bahan A dan bahan C berselang seli. Pukul hingga sebati.
4. Sudukan 2/3 adunan ke dalam cawan kertas dan bakar 20-25 minit (bagi cupcakes) atau 40-45 minit (bagi kek). Sejukkan dahulu.
5. Cream cheese : pukul cream cheese bersama gula hingga lembut, masukkan esen vanila dan whipped cream sedikit demi sedikit, pukul hingga bergaul rata dan tidak berketul.
6. Paipkan ke atas cupcake dan hias mengikut suka.
Nota kaki:
tsb - teaspoon, not tablespoon ye :)
*saya tak guna Grade A punn, guna telur biasa je :)
**umm tak pernah lagi la guna yogurt so taktau kalau ada beza ke tak. huhu :)
***letak warna ikut cita rasa, nak MERAH ke, nak merah je ke :)
****cream cheese, kepada rakan-rakan di Rusia, cream cheese adalah сливочный сыр yang kita selalu jumpa kat kedai tuu :)
Inilah hasil dalamannya,
Takdelah hebat mana kek merah saya. Al-maklumlah, saya buat dalam keadaan yang tergesa-gesa. Disebabkan dah pernah buat sekali sebelum ni, makanya tangan saya terus mencapai itu dan ini tanpa ketelitian kerana mengejar masa. Alhamdulillah menjadi juga kek saya yang pertama :D
Sedikit peringatan buat kita semua dalam apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini, bila mana kita tidak berjaya melakukan sesuatu atau kehilangan sesuatu, janganlah kita bersedih hati. Dan bila mana kita berjaya membuat sesuatu atau beroleh sesuatu, jangan pula kita terlalu gembira. Cukuplah kita bersederhana dan bersahaja dalam menerima apa sahaja dalam kehidupan kerana dalam ayat 22 surah yang sama, Allah menyatakan kerana semuanya telah ditulis di Luh Mahfuz.
Maka apa-apa yang terjadi dengan kek merah anda atau apa-apa resepi lain atau apa-apa sahaja dalam kehidupan ini, janganlah bersedih dan janganlah terlalu gembira. Sungguh, Allah itu kan tak suka pada orang yang sombong dan membanggakan diri.
Sekian, wallahualam :)

"Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput daripada kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Al-Hadid : 23)
Sedikit peringatan buat kita semua dalam apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini, bila mana kita tidak berjaya melakukan sesuatu atau kehilangan sesuatu, janganlah kita bersedih hati. Dan bila mana kita berjaya membuat sesuatu atau beroleh sesuatu, jangan pula kita terlalu gembira. Cukuplah kita bersederhana dan bersahaja dalam menerima apa sahaja dalam kehidupan kerana dalam ayat 22 surah yang sama, Allah menyatakan kerana semuanya telah ditulis di Luh Mahfuz.
Maka apa-apa yang terjadi dengan kek merah anda atau apa-apa resepi lain atau apa-apa sahaja dalam kehidupan ini, janganlah bersedih dan janganlah terlalu gembira. Sungguh, Allah itu kan tak suka pada orang yang sombong dan membanggakan diri.
Sekian, wallahualam :)
09 December 2011
Choose
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah, jika anda berjaya membuka blog ini, bermakna anda masih lagi bernafas, anda masih lagi mampu membaca, anda masih mampu berfikir, anda masih waras, dan anda masih hidup di muka bumi Allah ini. Bersyukurlah pada Allah kerana Dia masih memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan beribadat kepada Dia :)
Insyaallah hari ni kita tengok satu video. Ni, video kat bawah ni. Aci-cuba-try-test tengok :)
Dah tengok? Dah dengar? Dah hayati?
"My dear brothers and sisters, choose your priorities from now and say the most important things for you "
"Katakanlah, "Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."
(At-Taubah : 24)
Saya sangat suka ayat ni. Kalau saya berada antara dua keadaan yang memerlukan saya untuk memilih yang mana satu untuk saya lakukan, ayat inilah yang akan berlegar-legar di kepala saya.
Kita kata kita sayang Allah. Kita kata kita sayang Rasulullah. Kita kata kita nak masuk syurga.
Tapi....perbuatan kita sehari-hari itu lebih kepada hal dunia. Jadi, macam mana kita nak masuk syurga itu kalau apa yang kita buat adalah untuk keuntungan duniawi?
Haa, macam mana? Boleh ke agaknya?
Allah kata kat situ, "maka tunggulah sehingga Aku memberikan keputusanKu"
Agak-agak Allah bagi keputusan apa?
Hmmm....muhasabah muhasabah
06 December 2011
Di Luar Winter, Di Dalam Spring
Bismillahirrahmanirrahim.
Sem ini saya kembali bercucuk tanam :D
Bercucuk tanam?
Ya, saya bercucuk tanam. Saya menanam pokok. Hihi.In other words, gardening :) Saya sangat sukakan pokok dan suasana yang hijau sebab di rumah saya di Malaysia, mak dan ayah saya menanam macam-macam pokok.
Tapi di sini, hanya satu jenis tumbuhan yang baru saya hadirkan di rumah ini. (Nanti nak tambah lagi)
Tadaaa! Ni lah pokok saya. Saya tak sempat nak mengambil namanya di tag harga hari tu :( Sebab namanya cukup moden dan panjang. Tapi bagi saya, ia adalah seperti ros mini.

Alhamdulillah, Ros Mini saya hidup subur sekarang :) Kalau anda perasan ayat saya awal-awal. Saya "kembali" bercucuk tanam. Maknanya, dulu saya pernah bercucuk tanam, berhenti dan sekarang saya bercucuk tanam kembali.
Eh, cam skema lak bercucuk tanam. Huhu.
Ya, saya pernah tanam pokok sebelum ni. Lebih tepat lagi, menyemai benih. Benih cili :D
Kenapa benih cili? Sebab cili di Rusia mahal dan tak cukup kaww. Hihi. Dengan semangat yang membara, saya pergi membeli tanah, pasu dan bekas penyiram. Benih saya menggunakan benih cili daripada cili kering.
Maka saya pun memulakan kerjaya sebagai petani :D
Setiap pagi saya akan menyiram semaian saya. Sampai buat sticky note dekat almari supaya saya tak lupa. Ya lah, nak pastikan cukup semuanya. Air, nutrien, cahaya.
Lama kelamaan ia mula tumbuh. Tumbuh? Macam tak sesuai pulak perkataan ni. Maklumlah, bukanlah orang gardening sangat. Ignore je lah perkataan-perkataan yang macam pelik ye (^_^)
Seronok sangat tengok pokok ni berjaya hidup. Subur. Berlumba-lumba untuk mendapatkan yang lebih, untuk tumbuh lebih tinggi.
Suatu hari, ketika mentadabbur Buku Allah (Al-Quran), saya terjumpa satu ayat yang buatkan saya terhenti.
Memang tersentap. Selama ini, from the first moment saya semai benih tu, saya hanya berfikir secara saintifik apa yang ia perlukan, air, udara, cahaya. Air, udara, cahaya. Air, udara, cahaya. Itu yang saya duk ulang ulang. And then nutrien. Saya fikirkan pasal persaingan untuk mendapatkan lebih nutrien. So ada yang tinggi, ada yang rendah. Dan ada juga yang tidak mampu hidup. Semua yang saintifik. Semua yang kita belajar zaman sekolah dulu, sejak Darjah 4 lagi. Subjek Sains.
Saya terlupa akan satu kuasa yang lebih besar iaitu Allah. Terlupa akan kuasa Allah yang menghidupkan sesuatu dari yang mati. Seperti yang kita belajar dulu, benih adalah non-living thing. Dan kemudian apabila ia mula hidup dan tumbuh menjadi sebatang pokok, ia kini menjadi living thing. Bukankah hanya Allah yang mampu menghidupkan dari sesuatu yang mati?
Dan yang menghidupkan benih itu adalah Allah. It's as simple as that. Tapi saya terlepas pandang kerana terlalu asyik dengan eksperimen sains pada zaman sekolah dulu :( Entah saya mulakan dengan Bismillah ke tak. Tak ingat. Huhu.
Astaghfirullah. Kita terlalu fikirkan ilmu yang duniawi tanpa mengingat kuasa-Nya yang Agung. Kuasa-Nya yang Maha Mencipta lagi Maha Menghidupkan.
Sebenarnya, kita memang memerlukan ilmu itu. Sangat memerlukan ilmu. Kerana daripada ilmu itulah kita dapat mengenal kuasa Allah. Mengenal bagaimana Allah memulakan suatu penciptaan. Dan daripada ilmu itulah kita sebagai hamba-Nya sepatutnya berfikir akan kebesaran Dia. Ilmu itu juga daripada Dia kan?
Allah sangat suka dan sayang kepada hamba-Nya yang suka berfikir. Tetapi, bukan sekadar dengan hanya berfikir ketika belajar, berfikir menyelesaikan masalah, tetapi yang sebenarnya berfikir mengenai ciptaan dan kebesaran-Nya, berfikir mengenai betapa hebatnya Dia. Sebab itu Allah kata,
Sem ini saya kembali bercucuk tanam :D
Bercucuk tanam?
Ya, saya bercucuk tanam. Saya menanam pokok. Hihi.In other words, gardening :) Saya sangat sukakan pokok dan suasana yang hijau sebab di rumah saya di Malaysia, mak dan ayah saya menanam macam-macam pokok.
Tapi di sini, hanya satu jenis tumbuhan yang baru saya hadirkan di rumah ini. (Nanti nak tambah lagi)
Tadaaa! Ni lah pokok saya. Saya tak sempat nak mengambil namanya di tag harga hari tu :( Sebab namanya cukup moden dan panjang. Tapi bagi saya, ia adalah seperti ros mini.

Alhamdulillah, Ros Mini saya hidup subur sekarang :) Kalau anda perasan ayat saya awal-awal. Saya "kembali" bercucuk tanam. Maknanya, dulu saya pernah bercucuk tanam, berhenti dan sekarang saya bercucuk tanam kembali.
Eh, cam skema lak bercucuk tanam. Huhu.
Ya, saya pernah tanam pokok sebelum ni. Lebih tepat lagi, menyemai benih. Benih cili :D
Kenapa benih cili? Sebab cili di Rusia mahal dan tak cukup kaww. Hihi. Dengan semangat yang membara, saya pergi membeli tanah, pasu dan bekas penyiram. Benih saya menggunakan benih cili daripada cili kering.
Maka saya pun memulakan kerjaya sebagai petani :D
Setiap pagi saya akan menyiram semaian saya. Sampai buat sticky note dekat almari supaya saya tak lupa. Ya lah, nak pastikan cukup semuanya. Air, nutrien, cahaya.
Lama kelamaan ia mula tumbuh. Tumbuh? Macam tak sesuai pulak perkataan ni. Maklumlah, bukanlah orang gardening sangat. Ignore je lah perkataan-perkataan yang macam pelik ye (^_^)
Seronok sangat tengok pokok ni berjaya hidup. Subur. Berlumba-lumba untuk mendapatkan yang lebih, untuk tumbuh lebih tinggi.
Suatu hari, ketika mentadabbur Buku Allah (Al-Quran), saya terjumpa satu ayat yang buatkan saya terhenti.
"Pernahkah kamu perhatikan benih yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya ataukah Kami yang menumbuhkan?"
(Al-Waqi'ah : 63-64)
Saya terlupa akan satu kuasa yang lebih besar iaitu Allah. Terlupa akan kuasa Allah yang menghidupkan sesuatu dari yang mati. Seperti yang kita belajar dulu, benih adalah non-living thing. Dan kemudian apabila ia mula hidup dan tumbuh menjadi sebatang pokok, ia kini menjadi living thing. Bukankah hanya Allah yang mampu menghidupkan dari sesuatu yang mati?
Dan yang menghidupkan benih itu adalah Allah. It's as simple as that. Tapi saya terlepas pandang kerana terlalu asyik dengan eksperimen sains pada zaman sekolah dulu :( Entah saya mulakan dengan Bismillah ke tak. Tak ingat. Huhu.
Astaghfirullah. Kita terlalu fikirkan ilmu yang duniawi tanpa mengingat kuasa-Nya yang Agung. Kuasa-Nya yang Maha Mencipta lagi Maha Menghidupkan.
Sebenarnya, kita memang memerlukan ilmu itu. Sangat memerlukan ilmu. Kerana daripada ilmu itulah kita dapat mengenal kuasa Allah. Mengenal bagaimana Allah memulakan suatu penciptaan. Dan daripada ilmu itulah kita sebagai hamba-Nya sepatutnya berfikir akan kebesaran Dia. Ilmu itu juga daripada Dia kan?
Allah sangat suka dan sayang kepada hamba-Nya yang suka berfikir. Tetapi, bukan sekadar dengan hanya berfikir ketika belajar, berfikir menyelesaikan masalah, tetapi yang sebenarnya berfikir mengenai ciptaan dan kebesaran-Nya, berfikir mengenai betapa hebatnya Dia. Sebab itu Allah kata,
"....Dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sehat!"
(Al-Baqarah : 197)
Orang yang mempunyai akal yang sihat pasti akan nampak kebesaran Allah Yang Maha Esa dan sepatutnya bila itu berlaku, oramg itu akan bertambah keimanannya kepada Allah SWT.
Makanya, bila kita menuntut ilmu-Nya (sains pun ilmu Allah) berfikirlah akan ciptaan dan kebesaran-Nya. InsyaAllah akan lebih berkat ilmu itu malah menambah keimanan kita kepada Dia.
Ya, ini pengajaran dan peringatan buat diri saya. Kita ni sering lupa kan. Huhu.
Wallahualam :)
01 December 2011
Ku Mencari-cari
Bismillahirrahmanirrahim
Hatiku terasa kosong. Hatiku seakan keras. Hatiku seakan tidak mampu merasakan apa-apa. Hatiku....
terasa dipenuhi dosa. Namun, sedikit pun air mata tidak mampu aku alirkan.
Ya Allah, di manakah hatiku?
Di manakah hatiku??
"Ya Allah, Ya Rabb, sesungguhnya Engkaulah yang memegang hatiku. Kau lembutkanlah hatiku. Kau bukakanlah pintu hatiku agar aku dapat menerima hidayah dan taufik-Mu. Kau lahirkanlah rasa cinta dalam hati ini terhadap-Mu. Jadikanlah hati ini, hati yang akan tersentuh dengan ayat-ayat-Mu dan kebesaran-Mu. Jadikanlah hati ini, hati yang akan menangisi dosa-dosaku yang lalu..."
Ku tahu, ku bakal menjejak umur baru. Ku tahu ku perlu melakukan hijrah baru.
Ku buka langkahku. Menjejaki Rumah Mulia-Mu. Di Moscow, hanya 4 yang baru ku kenal pasti dan hanya satu yang pernah ku kunjungi - Rumah Hijau. Kali ini, aku menuju ke Rumah baru.
Rumah baru terletak tidak jauh dari stesen metro Park Pobedy. Tidak jauh - bagi yang sanggup menghadapi apa sahaja demi redha-Nya. Ku kuatkan kakiku. Hatiku berdebar-debar. Tercari-cari akan Rumah-Mu Ya Allah.
Hampir 30 minit berjalan dalam kesejukan musim sejuk, akhirnya ku lihat lambang bulan di kubah-Mu. Gembiranya hati mengetahui ku menghampiri destinasi.
Subhanallah. Indahnya Rumah-Mu Ya Allah.
Segala persiapan ku lakukan. Alhamdulillah ku sempat masuk sebelum berkumandang azan Maghrib.
Solat sunat tahiyatul masjid tidak ku tinggalkan.
Berangkatnya kedua tanganku mengucap takbir, berderai air mataku.
Ya Allah, sungguh, kasih-Mu tidak pernah meninggalkan aku. Cuma aku yang melupakan-Mu. Astaghfirullah Astaghfiirullah Astaghfirullah. Ampunilah dosa hamba-Mu ini Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah.
Bercucuran air mataku yang selama ini tidak mampu dikeluarkan.
Maka, bila hati kita tidak mampu lagi untuk merasakan apa-apa ketika membaca ayat-ayat Allah serta ketika berbuat suatu dosa, segeralah bertaubat kepada-Nya. Carilah apa jua cara untuk terus menghidupkan hati kita agar ia tidak terus malap dan terus malap sehingga tidak lagi bercahaya. Jagalah hati kita. Peliharalah hati kita. Wallahualam.

[petang 29 Nov]

"Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusiaMereka memiliki hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah."
(Al-A'raf : 179)
Subscribe to:
Posts (Atom)