Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT, cuaca hari ni sangat baik. walaupun duk dalam rumah je tapi rasa relax je minggu ni. Alhamdulillah.
Tadi ada la terbaca post Firwan pasal suasana di Mesir, die cerita pasal betapa bagusnya org2 di Mesir, masa tu kat Carefourr and waktu solat pun masuk. semua lagu dihentikan dan azan berkumandang. orang2 Mesir semua bergegas ke masjid Carefourr untuk sama2 solat jemaah. Alhamdulillah ^^
tak dinafikan, ada la rasa jeles skit ngn diorg sebab dpt berada di kalangan org2 mukmin yg taat pada suruhan Allah, and scr tidak langsung, kte pun seolah2 dekat dgn Allah, bagi orang yg ingin dekat kepadaNya lah. hehe.
berbeza dengan keadaan ktorg kat bumi Allah yang bergelar Moscow ni, di mana majoriti orang2nya bukan beragama Islam. actually kan, ramai je orang Islam kat sini cuma kat luar diorg tak pakai tudung sebab takut ancaman dan ada jugak yg menggelar diri dia Islam, tapi xtau pun kene pakai tudung. huhu
jadi, seperti yg dirancang, semalam ktorg teruskan penjelajahan Moscow. hahah, ktorg pergi ke sebuah destinasi, Prospek Mira, untuk mencari sebuah rumah yang sangat mulia, iaitu Rumah Allah ^^ di samping menikmati hidangan di restoran yang halal. hehe. Masjid kat Prospek Mira ni yg paling femes la bg student2 Malaysia ni sbb ni masjid yg paling dekat. ada la 45 minit perjalanan x)
cari punya cari punya cari, sampai lah ke sebuah lorong kecil untuk ke masjid tu. kat tepi jalan yg kecik ni, duduk lah beberapa org perempuan yang nampaknya macam Muslim sedang meminta sedekah. jalan lagi ke hadapan, berjumpa lagi dengan peminta2 sedekah lelaki dan juga seorang kanak2 perempuan. terasa sedih bila melihat saudara2 seIslam hidup susah macam ni. akhirnya, sampai juga di hadapan sebuah bangunan yang agak besar berwarna hijau. di atasnya, ada sebuah kubah yang mempunyai lambang bintang. ( kat Moscow ada bnyk bangunan yng ada kubah, tp hati2, semua tu church xD heheh, boleh bezakan dgn lambang yg ada kt atas kubah. kalau church akn ada simbol palang, and masjid, of course, bulan dn bintang)
kat tepi masjid tu ada lah gerai2 kecil yang menjual brg2 keperluan ibadah, tasbih, sejadah, tudung, minyak wangi dn mcm2 lagi. nisha pun belilah sehelai tudung bunga2 untuk membantu ekonomi diorg :) perjalanan diteruskan ke sebelah kanan masjid pulak di mana terletaknya sebuah restoran halal :D hahah, bab makan memang happy je lah, lagi2 makanan halal. alhamdulillah ;) heheh
lepas makan ktorg pun masuk lah ke kawasan masjid. ada lah kedai daging halal pulak. ada daging ayam, lembu dn mcm2 jenis daging dijual. confirm halal :D heheh
pastu ktorg pun menuju masuk ke dalam masjid, di bahagian perempuan. masa kat sini baru lah nampak muka2 org Islam Rusia ni macam mana :) heheh. bnyklh jugak beza dr segi pemakaian sbb ada yg msuk masjid baru pakai tudung, sebab nak solat xD
tapi satu benda yang nisha kagum. diorang dtg menunaikan solat zohor di masjid :) kalau kat Malaysia biasanya org pergi masjid waktu solat jumaat, solat tarawikh, solat hari raya..huhu. diorg masuk2 terus menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, lepas tu duduk di suatu sudut dan membaca al-Quran tak pun buku2 agama. Alhamdulillah :)
and and rasa mcm ukhuwah tu kuat sebab diorg bila masuk dn nampak ktorg, diorg senyum dgn sgt manis dn mengucapkan "Assalamualaikum" waah! happynyer! sangat baik. huhu, bukan macam typical and skeptical russian =.='
waktu Zohor pun masuk dan semakin ramai Muslimin dan Muslimat yang hadir untuk solat berjemaah. azan pun berkumandang.
"Allaaaahu Akbar, Alllaahu Akbar
Allaaaahu Akbar Allaaaahu Akbar..."
Subhanallah, merdunya suara azan yang berkumandang dan betapa sebaknya hati ini mendengar. aku terasa seolah2 dilahirkn semula ke dunia ini dan diazankan. betapa aku merindui laungan azan yang berkumandang di udara. di udara Malaysia. huhu
nisha bersyukur nisha dtg ke masjid ni, lepas kerinduan nisha untuk mendengar azan. Alhamdulillah. semoga perjalanan ini diberkati oleh Allah SWT. sesungguhnya, amat besar cabaran di bumi Moscow ni. aku bersyukur aku ditakdirkan ke sini. aku belajar untuk lebih menghargai dengan nikmat Allah dan berusaha dengan lebih untuk mencari apa yang tiada dan dirindui. Insyaallah ini akan mengajar aku untuk menjadi insan yang lebih tabah dan kuat. Insyaallah :)
No comments:
Post a Comment