"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

12 October 2010

asal mana?

Bismillahirrahmanirrahim.


"Awak asal mana?"
     "Saya asal Shah Alam."


Hari tu pergi usrah kat rumah senior. ada lah sedikit sesi suai kenal dan soalan yang ditujukan sangat simple dan mudah. jawapan yang diberikan pun mudah je. biasanya bila dapat soalan macam ni, ramai yang akan beri jawapan tempat asal, tapi pernahkah kita terfikir tentang asal usul kita yang sebenarnya? cuba fikir jap...dapat tak jawapannye? hehe


Manusia merupakan makhluk Allah yang paling mulia kerana manusia telah dikurniakan dengan akal. jadi, anugerah akal ini perlulah digunakan untuk berfikir sebaik2nya. heheh. banyak yang boleh dikupas bila masuk bab2 kejadian manusia ni tapi yang paling simplenye, kita semua ini adalah keturunan Nadi Adam a.s. dan Nabi Adam telah dilahirkan di syurga. jadi, kita semua ni berasal dari syurga, daripada nyawa yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada kita. Subhanallah, betapa indahnya tempat asal kita dan betapa sempurnanya ciptaan Allah.


tapi, ingatkah kita pada tempat asal kita yang sebenarnya? adakah perbuatan kita sehari2 mengingatkan kita kepada tempat asal kita? tidakkah kita ingin kembali ke tempat asal kita? cukupkah persediaan kita untuk kembali ke sana? Wallahualam.


semua orang nak masuk syurga, kan? :) tapi bila kita reflek balik pada diri kita, adakah layak diri kita untuk pulang ke tempat asal kita? Astaghfirullahalazim, moga diampunkan dosa2 kita semua.


belum terlewat untuk kita bertaubat serta beriman kepada Allah yang Maha Esa. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. tapi, seboleh-bolehnya, percepatkanlah langkah taubat kita kerna kita tidak tahu bila ajal akan menimpa :)


saudaraku, jangan malu dan jangan segan untuk berubah ke arah yang lebih baik. perubahan untuk menjadi yang lebih baik bukanlah hipokrit, anggaplah ia sebagai suatu hijrah ke arah jalan Ilahi :)


Insyaallah :)


Wallahualam.


[pos ini tidak ditujukan kepada mana2 pihak atau individu, pos ini adalah sebagai tujuan ntuk memuhasabah diri saya sendiri :) segala silap dan salah, terkasar bahasa, mohon maaf saya ucapkan. sesungguhnya, segala yang baik itu datang daripada Allah SWT dan segala kekurangan itu datangnya daripada diri saya sendiri..]

No comments:

Post a Comment