"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

22 February 2013

"Inilah saya, anda siapa?"

Bismillahirrahmanirrahim.

Sering kali, bila diminta untuk memperkenalkan diri, jawapan kita pastinya, "nama saya ernisha binti saib, boleh panggil nisha. asal shah alam, belajar kat Moscow etc etc"

Ingin saya bawa sebuah kisah mengenai seorang tokoh yang saya sangat kagumi.

Ini kisah beliau.

Seorang wartawan bertanya tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata,

"Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang mengimpikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.

Inilah saya, anda pula siapa?"

Tokoh ini adalah Imam As-Syahid Hasan al-Banna.

Ajukan soalan yang sama pada diri anda. Siapakah anda?


20 February 2013

Down

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt semua :)

Jujurnya, saya selalu rasa terpanggil untuk menulis bila lampu idea menyala di dalam kepala tetapi apakan daya, pengurusan diri dan masa saya belum cukup baik lagi untuk saya mampu melakukan itu dan ini dengan baik. Tak tercapai lagi muwasofat Munazhnom Fi Syu'unihi (berdisiplin ataupun tersusun urusannya). Hmm... Down.

Oh no, no. Jangan Down.

Hari tu, saya menonton sebuah video yang membuatkan saya rasa kita sangat perlu menjadi optimis. Dan bila kita ingin meletakkan suatu impian, pastikan anda ikhlas dalam mengimpikannya kerana bak kata Imam Omar Suleiman dalam video di bawah, bila kita mempunyai niat yang ikhlas, Allah yang akan menjadikannya kenyataan. Silalah lihat video di bawah ini supaya anda juga dapat merasakan ke'positif'an yang ingin disampaikan oleh beliau.


Maka seperti biasa, bila semangat saya untuk melakukan sesuatu sedang berkobar-kobar, saya akan mula bergerak pantas melakukan itu dan ini. Dan semalam, setelah selesai berusrah, saya mula mencari-cari bahan untuk membuat kek :D Bersempena dengan hari lahir usrati tercinta pada minggu lepas, saya sangatlah ingin membuatkan kek untuknya. Agak lama juga dah tak buat kek. Tetapi disebabkan dah biasa dengan resepi yang digunakan, tangan saya pun laju menyukat dan memukul itu dan ini.

Atas sebab rasa keterujaan yang tinggi, baru 20 minit kek dibakar, saya telah membuka oven. Kerana kerisauan yang melampau, saya membukanya lagi 10 minit kemudian. Melihatkan kek yang seperti tak naik-naik, bertambahlah lagi tahap kerisauan saya. Akhirnya selesai 60 minit, kek masih berupa sebegitu. Malah, tak masak di tengahnya. Saya pun menambah lagi masa untuk membakar sambil-sambil mencari di internet "sebab-sebab kek tak naik". Dan ya, pastinya ada banyak sebab. Dalam kes ini, saya berpendapat adalah disebabkan saya membuka oven sebelum 40 minit terawal. Sepatutnya, oven tak boleh dibuka jika belum 40 minit kerana angin sejuk yang masuk dari luar bila oven dibuka akan menyebabkan kek jadi mampat dan bantat lah tu orang panggil.

Down.

No, no! Tak boleh Down!

Takpelah, sementara tunggu kek sejuk, jom buat topping. Kali ini, saya memilih untuk membuat chocolate topping sahaja. Boleh la ala-ala ganache. Menggunakan susu pekat, serbuk koko dan mentega, saya mengacaunya di atas dapur. Sepatutnya bila panas, ia cair lah kan? Tapi kenapa jadi sangat pekat? Haish. Runsing-runsing. Kek tak sejuk lagi, maka tak boleh dikeleuarkan lagi dari tinnya (kali ini menggunakan tin berbentuk). Saya pun meninggalkan dahulu coklat topping di tepi.

Setelah 20 minit, dengan tak sabarnya, saya menerbalikkan tin kek tersebut untuk mengeluarkannya. Eh tak keluar? Alamak. Saya ketuk-ketuk tin. Debukk! Ha, jatuh! Lalu bila diangkat tin, Alhamdulillah cantik!


Tapi oops! Chocolate dah keras. Okey, letak atas dapur balik untuk cairkan. Tapi tak cair! It became sticky sticky, verry chewy. Alahai, tak kisah lah. Letak je atas kek. 


Tadaa! Ok lah ni. Ok, simpan dalam peti.



Hari ni kelas habis awal. Maka, balik rumah buat hiasan. Simple. Dah, cukup. Just nice.

Konklusinya yang ingin saya sampaikan adalah, bila kita ada niat yang baik dan ikhlas untuk melakukan sesuatu, leave it to Allah, He will make it happen. As long as we stay positive and move on!

Okey itu sahaja, perlu kembali ke dunia realiti untuk bersiap sedia ke kelas seterusnya petang ini.

Stay positive! And leave it to Allah!

Wallahualam.

:)