"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

21 January 2013

Bertenang...Anda Mampu Melakukannya!

Bismillahirrahmanirrahim.

Puuuh Puuuhh! Berhabuk blog ni . Teee-heeee :3

Alhamdulillah saya telah 'graduate' daripada Sem 5 Jurusan Perubatan di First Moscow State Medical University, Rusia. Sem yang cukup mencabar tetapi sepertinya Sem selepas ini akan mendatang bersama cabaran yang berganda-ganda lagi. Yap.

Beberapa hari sebelum Peperiksaan Akhir Sem 5 (bagi ayat skema skit), saya terbaca sebuah artikel oleh Inche Gabbana (pemilik blog Angel Pakai Gucci) yang bertajuk Keyakinan Diri Tahap Moksya. Dengan semangat yang berkobar-kobar setelah membaca artikel tersebut, maka wujudlah gambar ini di Instagram saya;


Apa maksud gambar ini? Mari kita bercakap mengenainya.

Keep calm - terus bertenang
Tsiqah binnafs - kepercayaan pada diri sendiri
crown - untuk menunjukkan anda punyai kuasa? dan darjat?
merah - Keberraanian! 

Dengan nikmat akal yang telah Allah berikan, saya menyedari satu faktor yang membezakan keberjayaan seseorang individu itu.

Self-esteem. Keyakinan pada diri sendiri. Tsiqah binnafs.

Saya merupakan seorang insan yang mempunyai banyak impian dan angan-angan. Nak buat itulah, nak buat inilah. Macam-macam. Sampaikan ibu saya sendiri penat melihat saya yang membuat macam-macam benda (masa zaman sekolah). Tetapi, impian dan angan-angan saya tidak berhenti hanya di mainan minda. Impian dan angan-angan saya menjadi kenyataan. (Alhamdulillah dan In sha Allah)

Dalam konteks impian dan angan-angan, akan ada dua jenis golongan. Golongan pertama, berangan dan bermimpi namun merasakan dirinya tidak mampu untuk mencapainya, tidak mempunyai kebolehan untuk berbuat seperti itu, tidak mampu menjadi seperti itu, tidak mampu itu, tidak ada ini dan pelbagai lagi kata-kata. Akhirnya terkeluar perkataan, "mustahillah aku boleh capai benda tu". Golongan yang kedua pula, bila berangan dan bermimpi, dia tidak merasakan yang ianya mustahil, sebaliknya dia akan mula berfikir bagaimana dia boleh mencapai impian itu, apa yang perlu dia lakukan supaya ia menjadi kenyataan dan segala macam strategi mula mencorakkan minda. Kesimpulannya, "ianya tidak mustahil, aku mampu melakukannya."

Maka kuncinya adalah pada tsiqah binnafs. 

Apakah itu tsiqah binnafs? Ianya adalah Bahasa Arab, buat pengetahuan anda.

Tsiqah membawa maksud yang sangat mendalam tetapinya kita ambil bahasa yang mudah untuk kita faham. Menurut Inche Gabbana lagi, tsiqah itu maksudnya kebolehpercayaan. Jika anda rajin, anda boleh cuba mencarinya di pak cik Gugle. Usaha tangga kejayaan! Yosh!

Kembali pada topik, tsiqah bermaksud kebolehpercayaan. Bi adalah kata sendi dalam bahasa Arab yang membawa maksud dengan atau pada (dalam konteks ayat ini ya. saya tidak mempunyai kelulusan dalam bahasa Arab. saya hanya belajar daripada al-Quran dan doa-doa harian). Nafs juga membawa banyak maksud. Berdasarkan pada penggunaan perkataan al-Nafs dalam Al-Quran dan Al-Sunnah, Nafs boleh membawa 5 maksud iaitu, nyawa/roh, manusia, diri/individu/jiwa, hati, atau darah (sumber di sini).

Maka dapatlah disimpulkan bahawa maksud tsiqah binnafs itu sebagai kepercayaan pada diri sendiri.

Percayalah pada jiwa yang telah Allah berikan! Percayalah pada akal yang telah dikurniakan oleh Allah! Percayalah pada jasad yang telah Allah hadiahkan! Percayalah pada diri anda sendiri. Percayalah, yang anda mampu berbuat apa sahaja yang anda mahu. Semua impian, pasti jadi kenyataan.

Hiraukanlah kata-kata manusia di sekeliling yang meragui kebolehan kita untuk berbuat sesuatu yang lain daripada norma diri anda. Mereka tidak tahu apa yang ada di dalam hati anda. Mereka tidak tahu, kekuatan jenis apa yang ada dalam diri anda. Jangan mudah 'down' dengan kata-kata orang lain. Kerna anda, perlu percaya pada kebolehan diri anda. Kebolehan yang telah Allah kurniakan pada setiap daripada kita. Cuma yang sedihnya, kita yang tidak menggunakan kebolehan itu. Astaghfirullahal'azim.

Tapi bila ada sahabat kita yang ingin melakukan sesuatu yang baru (yang berbau-bau kebaikan dan bermanfaat), seharusnya kitalah yang menjadi orang yang paling bersemangat memberi semangat dan sokongan kepada sahabat kita itu. Ok? Senyum.

Saya juga adalah insan yang lemah. Tiada yang sempurna. Kerna memang fitrahnya Allah menciptakan manusia itu lemah. Saya juga mempunyai masa-masa 'down', masa-masa tika rama-rama terbang di dalam perut (erk? butterfly in the stomach), masa-masa putus asa, masa-masa yang negatif. Namun, Islam itu mengajar kita untuk menjadi seorang yang positif. Al-Quran sentiasa menceritakan tentang hal-hal yang positif. Kerna Allah hanya mahukan kebaikan buat diri kita ini. Kerna Allah itu, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Memberi.

Maka bertenanglah, ingatlah pada Yang Esa, kembalilah kepada Dia, serahkanlah segala urusan kepada-Nya, dan yakinlah pada anugerah diri yang telah Dia berikan. Pastinya, kita mampu untuk mencapai kejayaan.

Keep calm and tsiqah binnafs.

"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram" 
(Surah Ar-Ra'd:28)






No comments:

Post a Comment