"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

09 May 2011

cantikkan alam? :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Subhanallah, sesungguhnya alam ciptaan Allah tu cukup indah ^^ Alhamdulillah sekarang dah musim Spring, pokok dah hijau, bunga da nak start tumbuh, matahari dah keluar dan langit biru pun kelihatan. memang cantik :D well, Allah pun dah cakap dalam Al-Quran, Dia memberikan petunjuk kepada hambaNya melalui Al-Quran dan alam sekeliling. namun, itu hanyalah bagi orang-oraang yang berfikir...


dulu tengok alam sekeliling rasa biasa je. cantik memang cantik tapi berhenti setakat tu je lah. Allah kata Allah sangat suka pada orang yang berfikir terhadap ciptaanNya tapi aku ni.......


aku try gak tgk pokok, tgk langit, aku try fikir..fikir ape? takde ape pun. huhuhu. macam mana niii? T_T


sehinggalah baru2 ini aku belajar mcm mana kita nk menggunakan akal apabila melihat ciptaan Allah.


senang je. heheh. bila kita tengok pokok, kita fikirkan pasal apa yang ada pada pokok. apa elemen dia. apa yang membentuk pokok ni. lepas tu, kita fikirkan, siapa yang cipta pokok ni. alhamdulillah lah kalau jawapan kita ialah Allah ^^ kalau ada yg jawab sains, umm betul jugak tapi sains tu hanyalah suatu bidang dan sains itu juga terwujud dengan adanya Allah. huhu. okey, lepas kita dah tau siapa pencipta pokok tu, kita fikir pasal kehebatan pencipta pokok tu. MasyaAllah, sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, Maha Pencipta dan segalanya.


bila dapat fikir camtu, aku dapat rasa satu kenikmatan lain bila menggunakan akal. sebelum ni guna akal fikir untuk study, fikir pasal hidup n macam2 lah. tapi bila aku fikir mengenai Allah, ada satu perasaan lain yang muncul. memang betullah, zikrullah itu pengubat hati. zikrullah tu bukan dengan berzikir pada Allah je. zikrullah tu sendiri bermaksud mengingati Allah. so, dengan mengingati Allah pun dah jadi suatu ibadah. hehe insyaallah ^^


so, marilah kita bersama2 mengingati Allah sambil2 kita berjalan dan melihat keindahan ciptaan Allah ^^ insyaallah :)