Bismillahirrahmanirrahim.
"Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja!"
Haa, siapa tahu ni ayat dari cerita mana??
Heee, saya pun tak tahu juga sebenarnya tapi ni dari salah satu cerita daripada zaman P.Ramlee dulu. Setiap pagi masa nak pergi sekolah, selalu dengar kat radio. Adalah iklan-iklan radio ni kan.
Kalau dulu, selalulah dengar mak cakap, "Sama macam babah kau, selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja"
Hmmm....
cuba fikir
Kalau bukan bekerja, apa kita nak buat dalam hidup ni? Bekerja tu besar kan skop dia.
Ibadah pun kerja juga kan?
Lagi-lagi kalau kita kata profesion kita adalah hamba Allah SWT, memang 24 jam lah kita kerja untuk dia. Tak ke?
Dan saya rasa, semua orang yang bergelar muslim sepatutnya mempunyai profesion ini juga. Bukan ke?
............
Heeeee, janganlah risau. Kita besarkan skop ibadah. Ada banyak cara untuk beribadah kepada-Nya dan kita sebenarnya mampu untuk memanfaatkan 24 jam dalam sehari yang kita ada ni untuk Dia. Macam mana macam mana?
Haa, cara paling senang, kita niatkan perbuatan kita kerana Dia. Lillahi taala. (Tapi perbuatan yang baik-baik lah) Paling senang. Kita ni kaki study kan? (Kecuali sayalah. Awak semua saya pasti :D) Kita niatkan, kita study kerana Allah taala supaya kita jadi hambaNya yang berilmu. Kita makan kerana Allah taala supaya kita mendapat tenaga untuk beribadat kepada Dia. Kita tidur kerana Allah taala supaya badan kita dapat rehat dan mengumpul tenaga sebelum beribadat kembali pada hari yang berikutnya. Kan Allah jadikan malam itu untuk kita beribadat dan berehat :)
InsyaAllah kalau kita niatkan setiap perbuatan kita dalam sehari-hari, 24 jam yang kita ada tu takkan sia-sia begitu sahaja :)
Hmm, ye nisha? Then, apa yang kau tengah buat sekarang?
=(
Ya, sebab itulah saya ingin mengingatkan diri saya sendiri. Dan kawan-kawan. Supaya awak semua tak jadi seperti saya.
Allah ada hantar surat cinta pada kita,
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?
dan Kami telah menurunkan bebanmu darimu,
yang memberatkan punggungmu,
dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah berkerja keras (untuk urusan yang lain),
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.
(Surah Asy-Syarh)
Tak ke rasa ayat yang dibesarkan di atas macam ayat tadi, "Selagi tak tutup mata, kerja, kerja, kerja!"
Oh kejap, tahu kan maksud tersirat
Selagi tak tutup mata? Bagi yang tidak memahami, maksudnya adalah bila kita tutup mata buat selamanya. Sebab kalau kita tutup mata sebab tidur, itu masih ibadat kita. Ketutupan mata kita buat selamanya menandakan berakhirlah masa kita di dunia untuk mengumpul saham akhirat =(
Kita ni selalu lupa dan lalai. Kita ni... silap, silap.
Saya lah sepatutnya. Awak semua maladits! (bhs rusia = bagus!) Saya ni selalu lupa dan lalai. Selalu bila ada benda penting, semangat buat kerja. Sampai sanggup tak tidur malam. Tapi bila dah berlalu benda penting, masa senang pun tiba, malas datang melanda. Padahal, kerja lain ada, bukan takda. Cuma belum tiba masanya. Tapi, kerja kalau dah nama
last minute, memang =.=' faham-faham lah.
=(
Hmmm, nampak sangat saya ni masih belum beriman dengan ayat Allah ni. Sudahkah kita?
Makanya, kawan-kawan yang saya sayangi. Ayuh, kita membuat hijrah baru. Bila selesai sesuatu urusan, cepat-cepatlah kita cari urusan lain untuk dilakukan. Agar masa kita tak akan terbuang begitu sahaja. Dan kita juga kenalah buat dengan bersungguh-sungguh. Barulah hasil kerja kita ada kualiti.
Jangan pula urusan yang kita segerakan itu lagi melalaikan kita. Kalau bukan menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh atau mengulangkaji pelajaran, carilah urusan yang lebih bermanfaat daripada fb-ing, youtube-ing, movie-ing dan apa jua yang melaghakan. Huhu. Gunakanlah masa yang ada sebaiknya. Masa kita di dunia ni tak banyak pun. Sekejap je.
Rebutlah masa yang ada untuk menambah saham akhirat sebelum tiba waktu pengakhiran kita.
"Maka ingatlah kepadaKu, nescaya Aku pun akan ingat kepadamu."
(Al-Baqarah : 152)
Ada seorang sister pernah share. Kalau kita ingat pada Allah ketika waktu senang, insyaAllah Dia akan ingat pada kita ketika waktu susah. Allah tu ingat pada kita setiap masa sebenarnya, kita ni je yang selalu lupa pada Dia. Waktu susah baru nak cari Dia.
=(
Ayuh, kita berhijrah sekarang juga!
Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik. Amiinn.