"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

22 February 2010

Maturity

Salam. hari ini, hati aku berdegup kencang. siapa sangka langkah aku ke MRSM Pengkalan Chepa membawa aku ke jalan yang aku lalui pada hari ini dan aku dikelilingi oleh manusia-manusia yang dianugerahi dengan pelbagai kebolehan. kadang-kadang aku rasa seperti aku tidak layak berada di sini. tetapi, sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. jadi, aku anggap bahawa ini adalah jalan yang telah Allah tentukan kepada aku. dan Allah Yang Maha Penyayang itu, tidak akan menguji hambanya melangkaui kemampuan hambaNya itu. oleh itu, aku percaya Allah berikan aku jalan ini kerana Allah tahu aku mampu untuk mengikutinya dan semuanya terletak pada tangan aku sama ada aku nak berusaha ke arah kejayaan atau pun tidak. begitu jugalah kepada anda yang membaca post ini. Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambanya cuma cara je lain-lain ;) mekasih sebab baca yek (^_^) heheh. umm, aku akui memang hari ini aku sangat blurr dan "komplen" pasal hidup baru ni. memang aku tak dapat nak adapt lagi. seolah-olah macam baru masuk PC dulu. tapi, teringat kata2 kak milin, "if you can survive in PC, you can survive anywhere" i hold on to that word. InsyaAllah aku boleh. aku cuma perlukan kekuatan dan keyakinan. yeah! Nisha boleh!! xD

3 comments:

  1. wah, entri emo nisha. hahaha.



    www.fitridzulkifli.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hello... tlg sket! u r a very smart girl ok!
    stop underestimating urself orait?

    ReplyDelete
  3. ahaha.okey okey xD smlm cm down skit. hari ni better lah tp penat x)

    ReplyDelete