Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah :)
hari ni masih dikurniakan kehidupan serta peluang untuk bertaubat kepada Allah serta beriman kepadaNya.
nak share skit pasal tadabbur surah An-Nas :)
kalau kita bukak terjemahan Al-Quran, surah An-Nas bermaksud:
(1) Katakanlah,"Aku berlindung kepadan Tuhannya manusia,
(2) Raja manusia,
(3) Sembahan manusia,
(4) dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi,
(5) yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
(6) dari (golongan) jin dan manusia
maksud surah An-Nas ni terbahagi kepada 2 bahagian. 3 ayat pertama dan 3 ayat terakhir. kalau kte baca, 3 ayat pertama tu sebenarnya menceritakan mengenai Allah SWT iaitu Tuhan (Rab) kepada manusia. seterusnya Allah SWT itu sebagai Raja (Malik) yang memiliki dan memerintah manusia. dan yang terakhir Allah SWT sebagai Sembahan (Ilah) manusia, satu2nya yang berhak disembah oleh manusia. so bende ni simple je. Allah berada di kedudukan yang teratas sekali dan kita, manusia terletak di bawah sekali. kita sebagai hamba sepatutnya menyembah pada yang yang Satu iaitu Allah dan segala perbuatan kita adalah semata-mata untukNya :)
seterusnya, 3 ayat yang terakhir dalam surah An-Nas ni merujuk pada sifat "sesuatu" yang berusaha untuk membawa kita jauh daripadaNya, terpesong daripada jalan yang sepatutnya. Allah menceritakan sifat yang pertama iaitu tersembunyi. "sesuatu" ni dia menyorok. kte tak nampak die sebab die adalah musuh kte. katakanlah kan, kalau kita nampak musuh kte dr jauh, kte mesti cam akan try nak elak drpd die. so, kalaulah "sesuatu" ni kte bole nampak and kte tau die jahat, nak bawak kte kepada kejahatn, kte mesti akn try elak. then sepatutnya kte xdela buat jahat. it's as simple as that but Allah, He wants to test us, our Iman. that's why "sesuatu" itu tersembunyi. Allah nak uji, sejauh mana cinta kita kepadaNya, dan sekuat mana iman kita untuk menepis "sesuatu" yang datang dekat dgn kita tu.
sifat yang kedua pulak, "dia" membisikkan ke dalam dada manusia. specific kat situ, bisik dan dada. bisik sebab kalau syaitan, dia mana ade cakap kuat2 kat kte suruh buat jahat itu ini. and syaitan xde pulak tulis kat dinding suruh kte buat jahat. tapi sebab satu suara kecil yang membisik di dada ni lah kadang2 kte terbuat suatu kejahatn. dalam dada ni ada hati. hati ni sangat penting. kalau bersih hati itu, maka bersihlah seluruh jiwa tetapi kalau kotor hati itu maka kotorlah seluruh jiwa itu dan hati inilah yang mengawal pergerakan2 kita. that's why ble hati ni dah nak, organ lain tu ikut je. sebab tu dada, hati, sebab hatilah yang mengawal perbuatan kte.
huish panjang pulak. jap satu lagi. heheh.sifat ketiga yang Allah ceritakan adalah golongan "sesuatu" ini. "sesuatu" ini yang dr td disebut ni tidak semestinya dirujuk pada syaitan sahaja sebab ada 2 makhluk yang bleh mewarisi sifat syaitan ni, iaitu jin dan manusia. ha, jgn sangka, ada manusia dlm kalangan kte ni perangai cm syaitan. skarang kan dah ada phrase, manusia bertopengkan syaitan. ha itu lah x) so, nak katanye kat sini, berwaspadalah dgn org sekeliling kte. jgn kte mudah terpedaya dgn ajakan2 yang boleh membawa kte kpd kemungkaran Allah. kte semua ada akal sendiri, kte fikirlah yang mana yang baik untuk kte dan yg mana yg buruk. tapi kalau dah dpt yg baik tu, jgnla tk amalkan plak. huhu~ selamat beramal!
jadi itu la ceritanya hari ni. Insyaallah, yang baik itu datangnya drpd Allah SWT dan yang buruk itu datangnya drpd kelemahan diri saya sendiri ^^
jazakallahu khair ^^
No comments:
Post a Comment