"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

01 August 2011

Andai ini Ramadhan terakhir

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku dah lama nak share pasal tajuk entry aku kali ni tetapi disebabkan jadual harian yang agak penuh, baru hari ini akan aku tuliskan.

Pada hari sabtu yang lepas, aku mengikuti recharge Training ESQ 165 di Ampang, KL. Alhamdulillah, training pada hari itu dikendalikan oleh pengasasnya sendiri iaitu Dr. Ary Ginanjar Agustian. memang best lah kalau dia yang bagi :D

Dan alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan untuk mendengar suatu sesi renungan oleh Dr. Ary atau lebih gemar dipanggil Pak Ary pada malam itu. Tajuk sesi renungan beliau adalah "Andai ini Ramadhan Terakhir".

Aku hanya ingin berkongsi beberapa perkara yang aku rasa sangat terkesan kerana ilmu yang beliau sampaikan pada malam itu cukup banyak dan tidak mampu aku olahkan kesemuanya. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku akan masukkan ilmu-ilmu lain tersebut dalam entry yang lain ^^ Entry ini juga diilhamkan daripada sebuah novel Contengan Jalanan oleh Hlovate yang sempat aku baca seminggu sebelum mengikuti renungan Pak Ary.

"Allah berfirman: puasa itu untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya"
-Riwayat Bukhari dan Muslim

Sahabat-sahabatku, lihatlah puasa seperti kita melihat keseluruhan pokok, bukan dilihat hanya pada daun atau buahnya. Lihatlah dari akar umbinya yang membentuk batangnya, seterusnya ranting-rantingnya dan di ranting-ranting itu ada daun-daun yang meghijau, bunga-bunga yang mewangi serta buah-buahan yang ranum.

Hakikatnya, kita sering melihat puasa itu dari satu aspek sahaja. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dan setelah itu barulah puasa itu dipandang sebagai bulan untuk menambah amal. Alhamdulillah lah jika kita masih termasuk dalam golongan ini.

Ada pula golongan lain yang melihat bulan puasa sebagai tanda hampirnya hari raya itu dan persediaan perlu dimulakan. Juadah berbuka puasa serta bazaar Ramadhan pula selalu menjadi topik perbincangan. Akhirnya, juadah berbuka memenuhi meja, perut senak dipenuhi juadah, badan terasa berat, solat terawih entah ke mana.

Bulan Ramadhan bulan yang mulia.

 “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)

Mahukah kita andai ini Ramadhan yang terakhir, dosa-dosa  kita tidak sempat diampunkan oleh Allah swt?

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi. Ramadhan yang lalu, tidak ku punyai memori pergi ke solat terawih ataupun bertadarus Al-Quran apatah lagi berqiamulail. Aku sendiri tidak ingat apa yang telah aku lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia itu untuk meraih keampunanNya. Aku lupa. Aku lalai. Alpa dengan kehidupan dunia. Ibadatku terasa kosong. Astaghfirullahal'azim, betapa hinanya diriku pada waktu itu.

Tidak dapat kugambarkan kesyukuranku terhadap Allah swt kerana memanjangkan hayatku sehingga Ramadhan kali ini. Aku berikhtiar untuk meningkatkan ibadatku pada kali ini semata-mata untuk mencari cinta dan redha-Nya. Diriku ini terasa terlalu hina dan perlukan keampunan dari-Nya. Lalu Allah takdirkan aku untuk mendengar renungan Pak Ary seminggu sebelum puasa untuk memberi aku peringatan.

Penyampaian Pak Ary sangat-sangatlah berkesan. Kata-kata serta peringatan Pak Ary merendahkan egoku dan menyedarkan aku tentang siapa aku yang sebenarnya. 

Apakah tujuan ibadat puasa itu? Mengikut Pak Ary, puasa adalah perang nafsu. Ia berlaku dalam tiga aspek iaitu fizikal, emosi dan spiritual. Dari segi fizikalnya adalah seperti menahan diri daripada makan, minum dan sebagainya. Puasa jenis ini dianggap puasa anak-anak kecil. Dari segi emosi pula mengajar kita untuk menahan diri daripada mempunyai sifat sombong, ego, riak dan sebagainya. Puasa mengingatkan kita bahawa kita sama dengan semua umat Islam seluruh dunia dan merasai kelaparan yang sama. Dari segi spiritualnya bukan untuk diperangi tapi perlu dihidupkan! Dengan melakukan amal ibadat, spiritual kita dapat ditingkatkan.

Pak Ary memberikan suatu perumpamaan. Pernah tak kita ketiadaan air dalam kehidupan seharian? Pernah kan? Apa yang kita rasakan? Rimas? Melekit? Kotor? Sukar memenuhi keperluan seharian bukan? Bayangkan pula air itu tiada untuk dua hari, seterusnya seminggu, sebulan, dua bulan, setahun! Apakah yang kita rasakan? Kemudian apabila kita menerima semula bekalan air tersebut, apa pula yang kita rasakan? Seronok, bersih, bersyukur, lega, gembira serta semua perasaan yang baik-baik sahaja. Tidakkah begitu?

Sekarang anggaplah kita telah berada dalam kehidupan tanpa air selama 11 bulan dan Ramadhan itu ibarat kedatangan air yang penuh rahmat itu. Tanpa berlengah-lengah lagi sudah tentu kita akan berkejar mendapatkan air tersebut untuk membersihkan serta menyucikan badan kita. Begitu jugalah dengan ibadat puasa. Bulan Ramadhan sepatutnya dijadikan sebagai bulan untuk pembersihan jiwa. Disucikan dari segala dosa yang lampau kemudian diteruskan usaha agar diri kekal bersih. Apabila kita sudah mendapat bekalan air, pasti kita akan menggunakannya dengan berjimat-cermat serta sangat menghargai air itu. Begitu jugalah Ramadhan ini. Beristiqamahlah dalam beribadat agar mampu menjadi bekalan yang berterusan setelah tamatnya Ramadhan itu nanti. InsyaAllah ^^


No comments:

Post a Comment