"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu ikuti langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu." (2:208)

01 August 2011

Andai ini Ramadhan terakhir

Bismillahirrahmanirrahim.

Aku dah lama nak share pasal tajuk entry aku kali ni tetapi disebabkan jadual harian yang agak penuh, baru hari ini akan aku tuliskan.

Pada hari sabtu yang lepas, aku mengikuti recharge Training ESQ 165 di Ampang, KL. Alhamdulillah, training pada hari itu dikendalikan oleh pengasasnya sendiri iaitu Dr. Ary Ginanjar Agustian. memang best lah kalau dia yang bagi :D

Dan alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan untuk mendengar suatu sesi renungan oleh Dr. Ary atau lebih gemar dipanggil Pak Ary pada malam itu. Tajuk sesi renungan beliau adalah "Andai ini Ramadhan Terakhir".

Aku hanya ingin berkongsi beberapa perkara yang aku rasa sangat terkesan kerana ilmu yang beliau sampaikan pada malam itu cukup banyak dan tidak mampu aku olahkan kesemuanya. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku akan masukkan ilmu-ilmu lain tersebut dalam entry yang lain ^^ Entry ini juga diilhamkan daripada sebuah novel Contengan Jalanan oleh Hlovate yang sempat aku baca seminggu sebelum mengikuti renungan Pak Ary.

"Allah berfirman: puasa itu untukKu dan Aku sendiri akan membalasnya"
-Riwayat Bukhari dan Muslim

Sahabat-sahabatku, lihatlah puasa seperti kita melihat keseluruhan pokok, bukan dilihat hanya pada daun atau buahnya. Lihatlah dari akar umbinya yang membentuk batangnya, seterusnya ranting-rantingnya dan di ranting-ranting itu ada daun-daun yang meghijau, bunga-bunga yang mewangi serta buah-buahan yang ranum.

Hakikatnya, kita sering melihat puasa itu dari satu aspek sahaja. Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dan setelah itu barulah puasa itu dipandang sebagai bulan untuk menambah amal. Alhamdulillah lah jika kita masih termasuk dalam golongan ini.

Ada pula golongan lain yang melihat bulan puasa sebagai tanda hampirnya hari raya itu dan persediaan perlu dimulakan. Juadah berbuka puasa serta bazaar Ramadhan pula selalu menjadi topik perbincangan. Akhirnya, juadah berbuka memenuhi meja, perut senak dipenuhi juadah, badan terasa berat, solat terawih entah ke mana.

Bulan Ramadhan bulan yang mulia.

 “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) pada malam bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Muslim)

Mahukah kita andai ini Ramadhan yang terakhir, dosa-dosa  kita tidak sempat diampunkan oleh Allah swt?

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan Ramadhan sekali lagi. Ramadhan yang lalu, tidak ku punyai memori pergi ke solat terawih ataupun bertadarus Al-Quran apatah lagi berqiamulail. Aku sendiri tidak ingat apa yang telah aku lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia itu untuk meraih keampunanNya. Aku lupa. Aku lalai. Alpa dengan kehidupan dunia. Ibadatku terasa kosong. Astaghfirullahal'azim, betapa hinanya diriku pada waktu itu.

Tidak dapat kugambarkan kesyukuranku terhadap Allah swt kerana memanjangkan hayatku sehingga Ramadhan kali ini. Aku berikhtiar untuk meningkatkan ibadatku pada kali ini semata-mata untuk mencari cinta dan redha-Nya. Diriku ini terasa terlalu hina dan perlukan keampunan dari-Nya. Lalu Allah takdirkan aku untuk mendengar renungan Pak Ary seminggu sebelum puasa untuk memberi aku peringatan.

Penyampaian Pak Ary sangat-sangatlah berkesan. Kata-kata serta peringatan Pak Ary merendahkan egoku dan menyedarkan aku tentang siapa aku yang sebenarnya. 

Apakah tujuan ibadat puasa itu? Mengikut Pak Ary, puasa adalah perang nafsu. Ia berlaku dalam tiga aspek iaitu fizikal, emosi dan spiritual. Dari segi fizikalnya adalah seperti menahan diri daripada makan, minum dan sebagainya. Puasa jenis ini dianggap puasa anak-anak kecil. Dari segi emosi pula mengajar kita untuk menahan diri daripada mempunyai sifat sombong, ego, riak dan sebagainya. Puasa mengingatkan kita bahawa kita sama dengan semua umat Islam seluruh dunia dan merasai kelaparan yang sama. Dari segi spiritualnya bukan untuk diperangi tapi perlu dihidupkan! Dengan melakukan amal ibadat, spiritual kita dapat ditingkatkan.

Pak Ary memberikan suatu perumpamaan. Pernah tak kita ketiadaan air dalam kehidupan seharian? Pernah kan? Apa yang kita rasakan? Rimas? Melekit? Kotor? Sukar memenuhi keperluan seharian bukan? Bayangkan pula air itu tiada untuk dua hari, seterusnya seminggu, sebulan, dua bulan, setahun! Apakah yang kita rasakan? Kemudian apabila kita menerima semula bekalan air tersebut, apa pula yang kita rasakan? Seronok, bersih, bersyukur, lega, gembira serta semua perasaan yang baik-baik sahaja. Tidakkah begitu?

Sekarang anggaplah kita telah berada dalam kehidupan tanpa air selama 11 bulan dan Ramadhan itu ibarat kedatangan air yang penuh rahmat itu. Tanpa berlengah-lengah lagi sudah tentu kita akan berkejar mendapatkan air tersebut untuk membersihkan serta menyucikan badan kita. Begitu jugalah dengan ibadat puasa. Bulan Ramadhan sepatutnya dijadikan sebagai bulan untuk pembersihan jiwa. Disucikan dari segala dosa yang lampau kemudian diteruskan usaha agar diri kekal bersih. Apabila kita sudah mendapat bekalan air, pasti kita akan menggunakannya dengan berjimat-cermat serta sangat menghargai air itu. Begitu jugalah Ramadhan ini. Beristiqamahlah dalam beribadat agar mampu menjadi bekalan yang berterusan setelah tamatnya Ramadhan itu nanti. InsyaAllah ^^


31 July 2011

OUT of the BOX

Bismillahirrahmanirrahim


Suatu masa dahulu, aku ni sebenarnya seorang yang sangat meminati seni. Aku tak pandai melukis orang. Aku tak pandai melukis binatang. Aku tak reti pun nak lukis pemandangan. Dan aku tak pandai pun mewarna. Tapi aku suka pada semua benda yang berkaitan dengan seni, terutama sekali seni motif dan dekoratif.


Ni gara-gara banyak sangat tengok Art Attack masa kecil lah ni. Suka sangat kat Neil Buchanan. Kalau bukan dia yang host, taknak tengok episod Art Attack hari tu.


Mungkin juga pengaruh daripada seorang abangku yang pandai melukis. Minat terhadap seni tu mula bercambah waktu tu. Best tengok abang lukis-lukis. Heee :D Setiap petang lepas balik dari sekolah memang takkan miss lah rancangan Art Attack tu. Sampaikan bila ada waktu lapang, mula lah mencari kotak-kotak cereal yang dah kosong untuk dijadikan bahan seni. Siap mintak tolong mak buatkan gam kanji lagi tu sebab Neil Buchanan guna dalam Art Attack. Heheh. En. Buchanan takda lah kampung macam aku ni guna gam kanji sebenarnya. Dia guna gam PVA. Tapi mak kata, gam kanji lah tu dalam bahasa Melayunya.


Aku ingat lagi. Salah satu hasil kerja seni yang aku buat masa tu adalah pop-up card. Aku tak ingat aku buat untuk siapa dan sempena apa tapi aku cukup berbangga dengan hasil kerja aku. Kiranya, aku tahu dah lah macam mana orang buat pop-up card yang ada jual kat kedai tu. hehe. Tak payah beli kat kedai dah, buat sendiri pun boleh. Cuma antara rajin dan tak je lah. hehe


Dalam banyak-banyak kerja seni yang aku belajar daripada En. Buchanan, paper mache adalah kegemaran aku. Pernah aku hasilkan starfish menggunakan teknik paper mache tu. Sampai sekarang aku simpan. Ada lagi kat almari buku. Teknik ni memang sangat menarik. Mana taknya, ni lah teknik yang paling kerap digunakan oleh Neil. Macam-macam benda boleh buat guna paper mache. Nak buat monsters, kaki gergasi, kepala orang, semua boleh :D


Bila meningkat usia ke alam remaja. Allah pertemukan aku dengan seorang sahabat yang mempunyai minat yang sama dalam seni. Sahabatku itu pandai melukis dan sangat pandai mewarna. Aku sangat menggemari hasil seninya. Masa tu, ktorang saling melengkapi diri masing-masing. Aku mendapat inspirasi apabila melihat hasil seni dia dan dia mendapat inspirasi daripada hasil seni aku. Jadi dengan cara itu, ktorang akan sentiasa dapat menghasilkan corak dan motif yang baru.


Setiap kali ada tugasan menghias kelas hinggalah ke tugasan menghias gerai jualan. Ktorang akan digandingkan untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Aku memang gemar dalam menghasilkan kerja seni yang 3D menggunakan paper mache dan sahabatku akan mewarnakan dengan rona yang cukup cantik. Bagiku, itu adalah satu kepuasan :)


Namun, aku kemudiannya masuk ke sekolah berasrama penuh. Jadual yang ketat makin lama membuatkan aku lupa terhadap jiwa seni yang tersimpan di suatu sudut dalam diri ku. Kadang-kadang bila teringat, aku kembali, cuba untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Mujur, penglibatanku dalam drama team dan Pembimbing Rakan Sebaya membolehkan aku untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif, sekreatif yang mungkin. Membuatkan aku untuk berfikir out of the box dengan lebih banyak.


Bila difikirkan kembali, mungkin juga jiwa seniku ini sebenarnya tidak lebih daripada minat. Bermakna, the arts does not live in me, it's merely passion :) Kalau aku ni memang berjiwa seni, bermakna setiap satu benda yang aku lakukan dalam sehari-hari akan menjadi suatu seni tapi perkara seperti tu hanya berlaku pada satu-satu masa sahaja. But I still have the passion of course ;)


Kini, aku di perantauan. Aku belajar satu perkara baru. Bagaimana untuk memandang minat dan kelebihan kita dari satu perspektif yang lain.



“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”. (Sahih Bukhari)


Agak-agaknya, apa yang dimaksudkan dengan hadis ni? Hmmm, kalau nak dikupas satu per satu memang panjang lah. Jadi, aku hanya akan ceritakan kaitan hadis ni dengan minat aku terhadap seni.  


Tak salah untuk seseorang itu untuk  mempunyai minat dan setiap orang itu juga pasti mempunyai bakat masing-masing. Namun, apa yang menjadi penentu baik atau buruknya hasil minat dan bakat seseorang individu adalah niatnya. Kalau dulu aku buat kerja-kerja seni ni hanya untuk kepuasan diri dan bersuka-ria tanpa mempunyai apa-apa niat. Nampak takda faedah di situ kan? Jadi, inilah keadaan yang dikatakan "..semasa jahiliyyah..".


"..terpilih juga mereka semasa Islam.." merujuk pula pada keadaan kita setelah memahami Islam itu. Dalam suatu hadis yang maksudnya,  


"....sesungguhnya amal perbuatan itu disertai niat dan setiap orang mendapat balasan amal sesuai dengan niatnya..."
(Rujukan: Hadis 1/Niat)

Kita niatkanlah setiap perbuatan kita dan kita akan dapat apa yang kita niatkan. Untuk tidak menjadikan bakat dan minat kita sia-sia, kita niatkanlah ia ke arah kemajuan Islam serta kerana Allah SWT. InsyaAllah mendapat ganjaran pahala yang lebih.

Kiranya, apa yang saya nak sampaikan di sini, kita takkan rugi apa-apa dengan "memasuki" islam. Ya, kita beragama Islam tetapi adakah benar kita mengamalkan nilai-nilai islam itu dalam kehidupan seharian kita? Jadilah seperti logam, yang dulunya ketika mula-mula dijumpai kotor dan berlumpur namun setelah dibersihkan, digilap dan dibentuk, ia menjadi suatu bahan yang cukup berharga serta bersinar. 

Tak bermakna kita nak mendekati islam, kita perlu tinggalkan bakat yang kita ada. Gunakanlah bakat-bakat itu sebaiknya ke arah yang diredhai-Nya ^^


 




29 July 2011

together is always better than alone :)

Bismillahirrahmanirrahim.


today, let's talk about togetherness :D who doesn't love to be with someone? is there anyone who actually loves to be alone? and when i wrote someone there, i meant anyone. friends, families, legal soul mate etc. our lives were not to be spent alone because even Allah created Hawa for Adam since the very beginning and human race began to grow to enormous numbers.


Allah always know whats best for us. for He is the Most Loving and the Most Caring. there are a lot of advantages for togetherness. hahah, i hope u guys understand what i meant by 'togetherness'. i'm trying to say about doing stuffs with other people rather than do it solely on your own. so when you found the word 'togetherness', always picture that :)




well, living in Moscow taught me a lot about togetherness. from praying 5 times a day, studying and discussing, eating dinner and even walking outside. walk alone even to the nearest store, they'd go crazy. umm, taklah sampai tahap crazy. hehe. its not that Russia is dangerous and not safe or whatever, its just that being alone is like bringing out the individualism in you. and islam, does not permit a muslim to be individualistic. there's no specific hukum for it (not that i know of if there's one. huu~) but when a muslim is alone, it will make syaitan at ease because at that time, it's easy for syaitan to whisper bad things to you and the tendency for you to actually listen and follow it is definitely higher. its different with when you are with other people, among the good ones, you are actually being much stronger. trust me, it does.


solat jemaah is like one of the greatest thing to do. you get 27 times more than a solat done by oneself. solat jemaah can actually make you stronger. it gives you strength. not just spiritually but also medically. spiritually, solat jemaah helps us to be more khusyuk in our solat than alone. for me, when i solat alone, i tend to think about other stuffs. worldly stuffs. which is not good. think about it, solat is for Allah but what we think about during solat is not Him. dont you feel like it's not right? "Sesungguhnya, beribadatlah kamu kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah dan Allah melihat kamu". i admit i am not perfect and i still have a lot of weakness to be improved. even i, during solat jemaah, always think of worldly beings. but then, when i came to my senses that i am now praying besides my friends, isn't it shameful that they are actually praying in khusyuk and i am not? yes it's true, beribadatlah seperti Allah melihat kamu bukannya seperti manusia melihat kamu but it's a way to start. when i realize that i've been thinking of worldly stuffs, i could try to deviate from it  and return to Allah. i remembered one of our sharing sessions, yes we are forgetful in our solat but we can try not to. it is considered as steps to perfect your solat. usaha tu penting :)


medically, solat jemaah is actually good for our hearts. i read in The Intelligent Heart, The Pure Heart : An Insight into the Heart Based on the Quran, Sunnah and Modern Science by Dr Gohar Mustaq, the heart when it pumps, produces waves. in one experiment, he put a single heart cell in a petri dish, the heart cell beats itself until a certain time it slows down and finally dies. in another experiment, two heart cells are put in the same petri dish but in a slight distance between each other, amazingly beat in the same rhythm and never stops. this is because, the wave it transmit keep the heart cells beat together in the same rhythm. during solat jemaah, when we stand side by side, all our hearts are actually becoming connected to each other and beat in the same rhythm. this is very healthy for our hearts :)


if people ask me i prefer self-study or group-study, i would answer self-study. i don't do group study much. but now, group-study will be like my revision and discussion stage. group-study comes in a lot of advantages. firstly, it covers up things that we don't know or missed. secondly, when we hear it from our friend's voice, it's easier for the brain to remember rather than reading. thirdly, it's easier to understand things we don't understand. fourthly, we tend to ask confusing things :) usually if i self-study, i wouldn't bother to ask if i meet things i don't understand. well there are just too many to list down but one thing that i learned recently, group-study is very good because it's a type of sharing Allah's knowledge. ilmu Allah. every knowledge in this world comes from him and belong to Him. and Allah adores those who seek knowledge especially those who share it with others. so in a way, group-study gives us plenty of rewards by sharing His knowledge with other people. and if we truly seek knowledge because of Him, insyaAllah He will help us when we encounter difficult things and He will give the knowledge to those who seeks it ^^


so you see, togetherness comes with a lot of good things. it prevent us from developing the individualism in ourselves. togetherness will definitely strengthen friendship and especially ukhuwah. there are a lot more that we can learn and get from togetherness but i think i've wrote a pretty long post this time. hahah. insyaAllah i will try to insert some values in my other posts. 


until then :)


09 May 2011

cantikkan alam? :)

Bismillahirrahmanirrahim.


Subhanallah, sesungguhnya alam ciptaan Allah tu cukup indah ^^ Alhamdulillah sekarang dah musim Spring, pokok dah hijau, bunga da nak start tumbuh, matahari dah keluar dan langit biru pun kelihatan. memang cantik :D well, Allah pun dah cakap dalam Al-Quran, Dia memberikan petunjuk kepada hambaNya melalui Al-Quran dan alam sekeliling. namun, itu hanyalah bagi orang-oraang yang berfikir...


dulu tengok alam sekeliling rasa biasa je. cantik memang cantik tapi berhenti setakat tu je lah. Allah kata Allah sangat suka pada orang yang berfikir terhadap ciptaanNya tapi aku ni.......


aku try gak tgk pokok, tgk langit, aku try fikir..fikir ape? takde ape pun. huhuhu. macam mana niii? T_T


sehinggalah baru2 ini aku belajar mcm mana kita nk menggunakan akal apabila melihat ciptaan Allah.


senang je. heheh. bila kita tengok pokok, kita fikirkan pasal apa yang ada pada pokok. apa elemen dia. apa yang membentuk pokok ni. lepas tu, kita fikirkan, siapa yang cipta pokok ni. alhamdulillah lah kalau jawapan kita ialah Allah ^^ kalau ada yg jawab sains, umm betul jugak tapi sains tu hanyalah suatu bidang dan sains itu juga terwujud dengan adanya Allah. huhu. okey, lepas kita dah tau siapa pencipta pokok tu, kita fikir pasal kehebatan pencipta pokok tu. MasyaAllah, sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana, Maha Pencipta dan segalanya.


bila dapat fikir camtu, aku dapat rasa satu kenikmatan lain bila menggunakan akal. sebelum ni guna akal fikir untuk study, fikir pasal hidup n macam2 lah. tapi bila aku fikir mengenai Allah, ada satu perasaan lain yang muncul. memang betullah, zikrullah itu pengubat hati. zikrullah tu bukan dengan berzikir pada Allah je. zikrullah tu sendiri bermaksud mengingati Allah. so, dengan mengingati Allah pun dah jadi suatu ibadah. hehe insyaallah ^^


so, marilah kita bersama2 mengingati Allah sambil2 kita berjalan dan melihat keindahan ciptaan Allah ^^ insyaallah :)