Up up and away! In sha Allah I'll be going to France and Italy this winter holidays. So this is just a little something that I did. Just wanna share about France ^_^
Fe-rran-sse (France), sebutan Melayu ala-ala French, begitulah bagaimana
kita menyebutnya bila ingin mengambil perasaan seperti berada di sana. Sebuah
negara yang cukup indah, yang terkenal dengan kecantikan seni bina bangunannya,
yang penuh dengan kisah romantis, yang berbau wangi dengan pilihan roti dan
pastri yang pelbagai, yang disaji dengan kepelbagaian pasta dan pizza.
Pastinya, kita suka membayangkan diri kita, sedang duduk di sebuah kafe,
bersama orang yang tersayang (ehem, akhawat kita semestinya), berlatar
belakangkan Eiffel Tower, Eclair dan Macaroons di atas meja, serta secangkir
cokelat panas di tangan. Yuuuummmm! Datang pula seorang pemuzik, memainkan
alunan violin dengan muzik yang romantis yang mencairkan hati pendengarnya.
Waah Waah, sedap berangan, kan?
Kini, ianya semua di hadapan mata anda. Impian bukan angan-angan. Impian
kini menjadi kenyataan.
Biasanya, begitulah tanggapan kita bila berkata mengenai negara ini.
Eiffel Tower, roti, pastri, spaghetti, pasta, muzik, romantik, fesyen dan
macam-macam lagi. Tetapi tahukah anda? Negara cinta ini kini didiami oleh
penganut Islam yang paling ramai antara negara-negara Eropah yang lain. Di sini
sahaja, lebih daripada 70 ribu penduduknya adalah Muslim. Malah, jumlah ini
semakin meningkat dari saban hari ke saban hari.
Maka ayuhlah kita menyambungkan angan-angan kita itu untuk berjumpa dan
berkasih-sayang pula bersama saudara kita di sini. Melihat bagaimana kehidupan
serta perjuangan mereka di sini. Di samping isu Palestin dan Syria yang tidak
pernah lekang dari laman MukaBuku, isu perjuangan umat Islam di Perancis juga
kadang-kala menyinggah menyapa kita.
Valerie, seorang doktor yang cemerlang, sudah memeluk Islam selama 2
tahun. Ibu bapa serta keluarganya tidak pernah mengambil tahu dan tidak ingin
mengambil tahu tentang apa itu Islam sejak Valerie memeluk Islam. Mereka hanya
tahu, mereka menentang Islam. Namun, ini tidak menjadi penghalang bagi Valerie
untuk terus berada dalam Islam serta memperjuangkannya. Malahan, sebelum
memeluk Islam pun, Valerie sendiri tidak bersetuju dengan pengharaman pemakaian
tudung di sekolah serta beliau merasakan yang manusia zaman kini menjadi
terlalu materialistik.
Bagi Kamil Saidi pula, "Ketika saya membesar, saya kecewa kerana
saya sangat sukakan makanan Perancis, tetapi seperti semua umat Islam, saya
terpaksa memakan ikan ataupun makanan 'vegetarian' apabila saya pergi ke
restoran. Saya selalu teringin nak makan itik dan kambing, tetapi ianya tidak
halal." Kini, Kamil Saidi merupakan pemilik bagi sebuah Restoran
Perancis-Halal yang mensajikan makanan Perancis yang menggunakan daging-daging
halal. Restoran beliau yang bernama Les Enfants Terrible terletak di 197
Avenue Daumesnil, Paris.
Terasa teruja?
Ketahuilah bahawa di Fe-rran-sse juga, pembinaan masjid lebih kerap
dijalankan daripada pembinaan Gereja Roman Katholik. Jumlah masjidnya telah
meningkat dua kali ganda kepada lebih daripada 2,000 sejak sepuluh tahun lalu
(menurut laporan penyelidikan "Membina Masjid:. Tadbir Islam di Perancis
dan Belanda"). Pemimpin Islam yang paling menonjol di Perancis, Dalil
Boubakeur, yang merupakan rektor Masjid Besar Paris, baru-baru ini menyeru
untuk menggandakan lagi jumlah masjid di negara ini kepada 4,000 buah untuk memenuhi
permintaan yang semakin meningkat.
Dalam sebuah kajian yang dijalankan membuktikan bahawa Islam kini dalam
perjalanan untuk mengatasi Roman Katholik sebagai agama yang dominan di
Perancis. Dengan bilangan yang semakin meningkat, umat Islam di Perancis
menjadi semakin tegas dan menonjol. Dalam sebuah kes, sekumpulan saudara kita
meminta Gereja Roman Katholik untuk memberikan kebenaran untuk menggunakan
gereja yang kosong sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah lalu-lintas
yang disebabkan oleh ribuan umat Islam yang menunaikan solat di atas jalan,
terutamanya ketika solat Jumaat. Isu ini telah menarik perhatian politik negara
pada tahun 2010 bilamana Marine Le Pen, pemimpin Parti Nasional Perancis
menyamakan perbuatan solat Jumaat itu seperti sebuah pekerjaan. Maka hal ini
telah dibenarkan. Mengikutkan logik akal mereka yang tidak memahami Islam,
itulah alasan kukuh yang telah Allah ilhamkan bagi mereka bagi memudahkan
hamba-hamba-Nya untuk beribadat kepada-Nya. Allahu akbar!
Banyak lagi kisah perjuangan umat Islam yang ada di Perancis dan
sehingga kini pun masih ada dan tentunya halangan dan cabaran dalam menyebarkan
Islam tak akan pernah hilang. Kita lihat, tingginya semangat umat Islam di
Perancis memperjuangkan hak mereka sebagai Muslim malah pastinya, dakwah mereka
berlangsung dengan hebat sekali sehinggakan bilangan penganut Islam meningkat
bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.
Dalam kita menghirup cokelat panas di sebuah Kafe Roti & Pastri
berhampiran Louvre, marilah sama-sama kita cuba menyelami jiwa-jiwa serta
semangat-semangat yang ada dalam individu-individu muslim di Perancis untuk
kita bawa ke tanah air kita. Agar, kebenaran Islam mampu menyinar kembali di
tanah tumpahnya darah kita. Alunan muzik yang romantis terus bermain di telinga,
tatkala roti yang lembut dan gebu menyinggah ke mulut, kemanisan pula terasa.
Mata tertutup, membayangkan kemenangan Islam yang pasti.